Tuesday, December 30, 2008

Azam dan Keazaman...

Rasanya masih belum terlewat kalau nak ucap Selamat Menyambut Awal Muharam. Semoga hidup kita diberkati di tahun baru yang akan datang ini. Di samping itu jugak, bersyukur kepada Ilahi dengan limpah dan kurniaNYa, di atas segala rezeki yg telah dikurniakan sepanjang tahun lepas. Insya Allah, tahun yg baru ini, kita akan dilimpahkan lagi rezeki serta kesihatan yg baik...

Sebut pasal tahun baru nie, rata rata orang tengah semangat pasal azam tahun baru bagi tahun 2009 yg akan datang tak lama lagi nie. Cenggitu lar lumrah. Setiap kali tibe jer hujung tahun, nak masuk tahun baru, memacam azam akan dibuat. Azam yg telah dibuat hujung tahun lepas tu pon tak tau la dah tercapai ke belum. Kadang tu, kita nie sibuk jer berazam, tapi nak tunaikan azam tu belum tentu lagi tu. Apa-apa hal pon terpulang la pada diri memasing.

Bagi aku, azam aku yg dah bertahun tahun nak buat still tak berjaya lagi... Sejak aku masuk kompeni nie lagi aku dah berazam... Niat tu dah ok dah... Tapi ketahanan diri tu jer yg tak der lagi. Maklumlaa... Setann ramai kat sini. Ahahaha... Ada gak kengkawan yg dah pernah berusaha ke arah ini. Yang berjaya aku ucapkan tahniah. Yang gagal di medan perjuangan, aku simpati dan gembira. Simpati pasal azam korang tak tercapai... Gembira pasal geng aku still ramai lagi nak buat aktiviti nie and tiap kali session aktiviti nie, suasana masih lagi meriah... Hua hua hua hua... Itu lar dia... Bukan senang nak capai azam nie bagi para para PEROKOK TEGARRR....

Akhir sekali.... "Selamat Menyambut Tahun Baru buat korang dan keluarga..."

0 comments: