Wah... wah... wah... Berkesempatan cari makan kat Kuantan. Sementelaah dah ada kat Kuantan nie, terasa teringin lak nak makan makanan yg dah lama tak makan. Ooppsss... Gi Kuantan ni pon sebenarnya 'cari makan' gak. Insya Allah kalau ada rezeki...
Gerak dari Shah Alam kol 8 pagi. Sekali ahli majlis komplen lapor plak. Hurmm... Ndak tak ndak, singgah sebentar di restoran dekat ngan umah aku tu. Kat mana? Sebelah kedai Weng Hong Onn. Akakakaka... Aku agak dah, korang tak tau nyer. Kalau nak tau, korang datang umah aku nnt aku tunjuk kedai Weng Hong Onn tu kat ner, pastu korang akan tau la restoran yg aku sarapan ngan ahli majlis tu kat ner.
Perut dah kenyang, sap kok pon dah. So perjalanan menuju ke Kuantan pon bermula. Ada lak ahli majlis nie bulih bagi idea sebelum breakfast tadi ajak singgah sarapan kat restoran jejantas sg buloh. Pening ke apa? Dari Shah Alam nak pergi Kuantan mana la lalu area sana. Hinshh... Geografi gagal laa...
Sepanjang perjalanan tu takder apa yg menarik kecuali salah sorang ahli majlis nampak cam kagum jer panorama panorama yg ada. Arghhh...!!! Bingiiiitttt.... Masuk jer sempadan negeri Pahang, hari bertukar mendung. Alhamdulillah. Perjalanan tak der la panas sangat. Mungkin berkat nak carik makan kot. Amiiinnnn... Selepas 3 jam sampai la kat bandar Kuantan. Pasal appointment nak carik makan tu lambat lagi, plan nak isi perut dulu. Ahli majlis yg turut serta pon dah berbunyik tu (walaupon sepanjang jalan memang dia tak pernah nyer tak berbunyik..). Hurmm... Pusing pusing lepas tu decide nak gi Beserah. Apalagi. AKu pon dah lama tak pekena mee nie. Spesel sket kot. Pasal kat tempat lain takder aku rasa. Nama dia mee calong. Ahahaha... Teringat balik dulu, tiap kali ada kerja area sini jer, memang selalu makan mee calong nie. Abis satu department aku bawak makan kat sini. So far tak der la plak yg komplen, kecuali mamat yg suka makan kat kedai mamak tuu. Ehehehe... Order mee calong dengan kepok lekor. Ahli majlis makan dengan lahapnya umpama dewa dan dewi lahap... Ahahahaha...
For the 1st time ahli majlis tak bersuara. Lapo gilss kot. Ahahahaha.....
Ahli majlis yg nie pon senyap jer... Sedap kata nyer. Tapi ahli majlis nie memang senyap pon sepanjang jalan. Ehehehe....
Settle makan mee calong, bergegas lak kami ker tempat appointment. Hurmm... Berdebar rasa nak gi jumpa orang nie kan.
Meeting settle dalam masa 3 jam. Alhamdulillah sekali lagi. Meeting best. Mamat tu pon agak friendly jugak walaupon pada mulanyer nampak cam tak mesra rakyat jer. Tapi lepas kena dose lawak bodoh dua tiga kerat, dia pon ok. Terus bahasa kan diri cam kengkawan jer. Panggil nama pon nama pendek jer. Ahli majlis semua senyum jer. Sampai ahli majlis cakap masa kat luar tu macam dah lama kenal jer. Alaa... Biasa la tuu... Yang best nyer, mamat nie ada rumah kat area umah aku. Satu taman pon. Ahahaha... Jirannn tuu... Channntekkkkk....!!!
Abis meeting terus carik kedai nak minum petang sementara nak tunggu satu lagi appointment carik makan. Lepak pulak kat kopitiam kat town nie. Perghh... Memasing order macam tak pernah jumpa kopitiam kat KL nie. Ahahaha... Layan minum petang sambil cecerita or post mortem meeting tadi. Banyak nak kena buat nie. Sesambil tu dok sibuk mencongak dan berangan itu ini. Ehehehe...
Tu diaaa.... Dia dah charging tadi kan... Active giler la plakkk... Massakkkk....!!! Bingiiiittttt.....!!!!
Korang perasan tak... Happy jerr dia bila dah abis meeting. Sebab apa tau. Dia nie ada darah gemuruh... Eekekeke....
Sekali dapat call kata appointment satu lagi dah on the way. Rendezvous area will be at Petronas Tanjung Lumpur. Informed semua ahli majlis and bersiap untuk ke Tanjung Lumpur plak. Sesampai di tempat pertemuan, haaaa.... Semua terkojut ngan penampilan mamat yg kami nak jumpa nie. Ahahaha.... Skema giler. Wakaakaka.....
Decided nak pergi ker kedai makan kat area area situ gak nak makan (makannn lagiii....). Hurmm... Pernah terbaca dulu kat blog Ingat Ingat Lupa... masa dia pernah makan kat area sini dulu masa misi ke Hospital Pekan. Ekekeke... Iktibar tuu. So kami singgah di kedai Ana Ikan Bakar. Ambik udang, ambik ikan siakap, ambik ikan pari, ambik kerang. Perghh...!!! Mcm dah 4 hari tak makan style order nyer. Pastu apa lagi... Makan jer laa... Sesambil makan tu sembang laa apa yg patut. Ahli majlis nie memang teruja betul jumpa mamat nie. Yer arrr... Rindu kot pasal dah lama tak jumpa.
Udang goreng cili berpetaiii.... Perghhhh.... Peberet aku niee...!!!
Kerang rebuss... Special request from ahli majlis....
Nie pon peberet gak nie... Pari bakar berpetaiii.... Wakakakaka....
Hang pon... Mkn tak hingatttt.... Mentang la bujang dok kat Kuantan.... Coishhh....
Ahli majlis kepenatan. Sebab asyik makaaaaaannnn jerrr dari pagi.. Ekekekeke... Tank kecik..
Yang nie lak asyikkkk nak makannn jer. Kata dah lama tak makan cenggini. Huh...!!! Alasannn....
Lepak makan lebih kurang 2 jam lebih then decided nak balik dah. Perjalanan jauh lagi niee... HUrmm... Cam biasa aku gak kena drive. Takper laaa... Sampai kat Shah Alam pon dah larut malam. Jemput ahli majlis masuk jap minum nescafe panas. Ahli majlis bersurai tepat jam 12.45 tgh malam. Huhhh.... Lepas freshen up, tetiba aku terkejut. Alamaaaakkkkkkkk!!! Perut aku lapar balik. Perghhhh..... Turun bawah ngk ada lagi donut. Masuk microwave kasik panas pastu makan sambil minum hot choc. Perghh... Mata pon makin kuyu... Then... ZZZZzzzzz.............
2 comments:
X ajaksssss... Bestnyer, makan!!
Nak ajaks cemana wei? Hang kan tgh coti berkahwins.. Ahaks...
Post a Comment