Monday, October 6, 2008

Aidilfitri Nyte...

Hari rayaaa... Hari rayaaa...

Setelah sekian lama tak memegang SLR nie, hari raya kali nie aku berjinak jinak balik untuk bermain-main dengan dia. Mujur tak merajuk. Ehehehe... Peringatan kepada kengkorang yg tak cukup umur. Jangan sesekali meniru aksi aksi serta perbuatan tak berpekdah di dalam gambar yg dipaparkan kat entry nie... Ehehehe... Lek arr... Bukan gbr tak senonoh 18 SX tapi 18 SG...





Alhamdulillah... Di akhir adegan 18 SG ini, tiada sebarang kecederaan yg telah berlaku samada putus jari atau pon kecederaan ringan yg lain. Tiada juga haiwan haiwan yg diketahui telah tercedera ataupun terbunuh sewaktu aksi aksi ini dilakukan... Cuma telinga jiran yg terdekat agak bingit (tapi dorang aku ngk cool jer... senyum kelat lagi... ahahahaha... Alaa raya kan setahun sekali, apa barang time raya takder bunyik mercun kan? Kepada dak2 kampung sebelah, aku ngaku kalah dengan kehebatan meriam buluh korang. Entah pakai buluh ker batang besi aku pon tak tau arr... Bunyik cam kat perang teluk jer...)

Sekali lagi peringatan kepada mereka yg di bawah umur, anda adalah dilarang sama sekali bermain mercun kerana ianya adalah salah di bawah iordinan bahan letupan dan bulih mendatangkan mudarat... Ehehehehe...

0 comments: