Friday, October 31, 2008

Jumaat kembali...

Hari nie ada jamuan makan makan kat opis aku. Ingatkan jamuan raya... Nak kata jamuan raya... Raya dah abis. Takkan jamuan Deepavali kot kan? Sekali rupa-rupanya jamuan ada mamat nie last day hari niee... Warghh...!! Tak perasan lak aku dia last day hari nie. Ikut persetujuan yg telah dia capai, kalau nak kira hujung bulan lepas dia tamat perkhidmatan. Tapi pasal ada certain kerja yg tak settle lagi and kehadiran dia diperlukan, so last day dia telah ditunda ke hari ini.

Kalau nak ikut sejarah, mamat nie dulu tak der la kami nak kenal sangat. Pasal di awal kehadiran dia kat kompeni nie, dia banyak lepak kat Site Office bersama dengan Core Team. Kat area Kg Baru tu. So idak ler kamcheng bebenor. Tapi lepas kami berpindah ker Cyberjaya and dia pon selalu menjoinkan diri bermain futsal ngan kami, akhirnya... Jadik kamcheng lak... So far banyak gak perkara yg dia tolong kami di dalam hal hal berkaitan dengan opis nie kan...

So lepas nie dia dah kira berenti arr nie... Takper... Janji masa main bola dia ada. Alhamdulillah setakat nie, memana budak yg selalu main bola masih lagi datang setiap Jumaat walaupon korang dah lama berenti. Ada gak baiknya. Setidak tidak nyer idok la putus talian persahabatan tu kanss. Ada sesetengah orang lak, bila dah berenti nie cukup payah kalau nak jumpa balik. Berapa ramai ekk... Eehehehe... Kalau dulu yg majoriti nyer main bola staff... Sekarang nie yg majoriti yg ada kat padang tu X Staff... Ahhahahaha... Dah kira terbalik lak... Tapi tak per... Janji main...

Aku ingat lagi sejarah awal main futsal nie. Kalau tak silap aku mula masa tu opis kat Jalan Sultan Ismail lagi. Aku hantar email saja nak perangat dak dak nie main pasal masa tu pon futsal baru lagi. Aku pulak tengah aktif main ngan liga Ansara. So... tak sangka lak bulih kekal sampai sekarang. Dah berapa tahun dah ek? Kalau tak silap aku mula dulu tahun 2003 or 2004. Haaa... lama kanss? Dulu masa memula main, kami booking sejam. Main 15 minit berebut dak dak nie nak keluar. Mintak tuko. Ahahaha... Kelakar la plak. Sekarang nie kami main sejam setengah. Minimum tuu!! Kalau datang lambat, alamatnyer duduk lar jer arr tunggu orang penat. Itupon dah nak dekat setengah jam or 45 minit tunggu. Kalau nasib tak baik... Yang duduk kat dalam tu orang cam aku... alamatnyer kena tunggu luar arr nak dekat sejam lebih... Ekekekekeke... (macam aku fit gilss...).

Sejarah main futsal ekk... Best nie kalau kenang balik zaman memula dak dak nie main dulu. Yang tak tau undang undang pon ada jugak. Tapi tak kisah la kan. Kita main nak bersuka ria. Pencapaian terhebat? Hurmm... So far team yg biasa main nie kalau masuk competitive game pon... Yang hospital anjurkan jer. Itupon Hospital Ampang. Pertama kali masuk dulu, sampai peringkat kumpulan jer. Pasal ramai star cam aku tak main kot. Ahahaha... Tahun pulak, kami berjaya sampai ker semi-final. Bukan tak kuat... Bukan tak terer... Tapi prinsip kami and tak nak nanti bos besar marah kalau kami menang kalahkan user and customer. Itu yg kami sesaja bg kalah tuu... Ekekekeke...

Apa-apa hal pon... Malam nie... Jom FUTSAL.... Glory... Glory... Man Uniteddddd....!!!! (Jangan marah Piak...)

0 comments: