Tuesday, October 14, 2008

Dak skolah ngan Cikgu Skolah...

Kali nie nak citer pasal zaman skolah dulu. Aku rasa aku ingat lagi kot semua nama Cikgu kelas aku dari Darjah 1 sampai Darjah 6. Sekolah aku masa tu nama dia Sekolah Rendah Sri Kinta Jalan Ashby Ipoh Perak.

Cikgu kelas aku masa Darjah 1 nama dia Mrs Lee. Hurmm... Orang nyer baik jer. Seingat aku, tak der apa-apa kes aku ngan dia. Cikgu nie ajar English. Okay jer. Aku rasa naluri keibuan dia tinggi kot pasal ada gak 2 or 3 kali kengkawan (nama tak leh dibgtau...) ada yg terbeyak or terkench dalam sluar. Ehehehe... Mrs Lim nie larr yang duduk melayan bawak gi tois. Ehehehe...

Masuk Darjah 2 plak, Cikgu kelas aku nama dia Mrs Au. Perghh...!!! Cikgu nie mmg aku tak leh lupa sampai sekarang. Rerata kawan aku pon mmg tak leh lupa kat Mrs Au nie. Dia ajar Maths. Garang dia... hurmm aku rasa bulih disamakan ngan Hitler kot. Aku jer berapa kali kena denda ngan dia. Takat belasah ngan pembaris kayu tu tak yah nak kira arr. Setakat kena kat kepala, tangan, bonts... perghh... Semua kaedah pemukulan dia aku pernah rasa. Tapi dalam bebanyak tuu, yang paling aku tak tahan, satu jer bentuk hukuman dia. Dedua tangan kena lurus ke depan. Sandar lak kat papan itam depan. Pastu kaki rapat ke dinding. Pempelan turun sampai kedudukan separuh berdiri. Haa... Pastu ada buku atas kepala. Teknik regangan yg cukup berkesan untuk kuarkan airmata. Tobat aku. Hukuman nie kena kalau kita tak bawak buku Ilmu Hisab Moden. Aku pernah kena sekali. Kalau subjek tu 35 minit. So sepanjang 35 minit tu arr kena berdiri camtu. Yang tergolek pasal tak tahan pon ada beb... Memang kejam. Aku rasa kalau ada cikgu yg buat hukuman tu zaman sekarang nie, mau ada mak bapak yg serang...!!!

Darjah 3 lak Cikgu Maznah. Mak kawan aku. Tak der apa yg menarik. Sepanjang tahun cool jer. Cikgu Maznah nie baik gak. Ehehehe...

Darjah 4 plak, Cikgu Manap. Best...!!! Lawak and kelakar orang dia... Dia ngajo BM. Belajor pantun arr and memacam lagi. Aku dengar dari 'adik' yg duduk ngan umah dia, Cikgu Manap dah meninggal. Hurmm... Al-Fatihah...

Darjah 5. Aku puas nak ingat nama cikgu aku masa darjah 5. Cikgu apa ekk? Haaa... Cikgu Wahab. Dia bekas askar. Tapi best gak cikgu nie. Lawak and selalu gak organize outdoor activity untuk kelas kami. Camping arr... Memacam arr... Askar kann... Cikgu Wahab nie plak Cikgu yg incharge team hockey skolah. So sesaper yg main hockey untuk skolah, memang dapat layanan istimewa arrr... Termasuk aku arr tuuu...

Darjah 6 Cikgu kelas aku pulak cikgu disiplin. Mr Lee. Ehehehe... Kat luar mmg garang giler. Dalam kelas, maintain jer cool dia. Ajar BI. Ehehe... Selalu jer ada hacks kat dalam mulut. Ada sekali tu aku kantoi pasal monteng skolah hari Sabtu. So saper yg monteng tanpa alasan munasabah, kena tunggu lepas perhimpunan and kena kutip sampah satu skolah. Bila nampak aku jer, terus dia buat isyarat kepala suh masuk kelas. Ekekeke... Kabel baik punya. Nilai birokrasi telah diterapkan seawal skolah rendah lagi. Ahahaha... Itu yg terikut sampai zaman kerja nie kot. Ekekeke...

Itular serba sedikit pasal cikgu cikgu aku masa aku skolah rendah dulu... Hurmm... Nak carik gambar masa zaman skolah rendah nie, tak der plak. Semua tinggal kat kg. Takper laa....

Akhir sekali aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat cikgu cikgu yg pernah membimbing aku dari aku zaman bebudak dulu... Kalau aku ada kesempatan arr jumpa dorang nie, aku nak cakap kat dorang, Alhamdulillah one of your student, dah jadik orang sekarang nie... Bukan nyer hantu... (yer ker...) ehehehe....

0 comments: