Thursday, October 16, 2008

Al Fatihah...

Dapat call dari ayahanda kol 3 pagi tadi masa tengah layan bola, England vs Belarus... Ishhyy... Aku cukup fobia kalau dapat call dari kg time time ganjil gini. Berdebar-debar nak jawap call. Sekali tu, ayahanda cakap dia nak bagitau yg dia baru dapat call yang Hashim Bachik dah meninggal dunia kat kediaman dia di Damansara Damai. Huh...!!!

Terkojut gak aku. Baru raya lepas aku ada bertanyakan bekas Inspektor yg dah berenti pasal nak buat bisnes nie. Alih-alih hari nie dapat call kata dia meninggal mengejut. Mengikut maklumat yg aku dapat dari ayahanda, Aruah meninggal setelah mengadu sakit dada pada malam tu. Dah bawak gi klinik tapi doktor mengesahkan tak der apa-apa. Hurmm... Mungkin dah ajal kot. Ayahanda bgtau anak lelaki aruah si Darwin telepon memaklumkan berita.

Dalam kureng lebey kol 6 pagi lak, aku dapat lagi call. Ayahanda memaklumkan dia ada kat Hosp Sg Buloh. Kat Mortuary. Hurmm... Dorang tengah sesiap tunggu van jenazah, nak hantar aruah untuk dikebumikan di Melaka. Hurmm... Kepada keluarga Pakcik Hashim Bachik, semoga tenang dan menerima berita ini dengan redha. Kami doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat disamping ditempatkan di kalangan mereka mereka yg beriman. Al Fatihah...

0 comments: