Masuk opis tadi check maybank2u. Yea yea.. Gaji dah masuk. Yea yea.. Gaji dah masuk. Tapi tolak utang bayor itu ini begitu begini... Hmm berapa lar tinggal baki nnt :(
Bosan lak aku dok Cyber hari nie. Plan nak pergi Ampang hari nie nak buat TNC prep terpaksa aku lupakan. Tgh dok breakfast tadi awek Hosp Serdang tlipon. Dah lama tak dengar cerita. Rupa nyer tanya pasal masalah network kat sana. Kebetulan KKM ada buat training kat spital. Nak access dorang nyer website tak lepas thru firewall. Hmm bosannn....
Lepas tuh melarat pulak pasal BTMK punya IPVPN migration Sabtu nie. Arghh lagi aku bosan. Tapi takper. Bebakti pada umat .. Hehehe... Kerja kena ikhlas.
Well... need to come out with a backup plan for the group. Ada yg akan kena gi Site Meeting esok. Yang lain akan continue buat TNC prep kat Ampang. Hmm... TNC documentation dak2 nie dah buat lom? Better check. Kalau tak kang semua nyer last minit.
Wednesday, November 28, 2007
Boringgg...
Dikarang oleh Budak Kampung at Wednesday, November 28, 2007 2 comments
Tuesday, November 27, 2007
Kan dah kenaa...
Semalam aku choti. Penat banget. Ada projek kat UiTM. Musim konvo biasa larr. Hari nie masuk kerja nengok tak dapat report lagi dari TNC team Sungai Buloh. Berapa kali dah aku pesan, kalau ada major event or exercise, please keep me posted. Pagi nie kan dah dapat SMS maut dari aku. Tu lar korang, degil. Aku bukan nyer nak detail report, cukuplar sekadar bagitau ok ker tak, berapa yg dah siap berapa yg belum. Hinshhh.....
Pagi nie hujan gerimis lak kat Cyberjaya nie. Sejuk. Mata lak kuyu jer. Bebudak sumer tak der kat opis. Tinggal lar aku sengsorang. Padan muka. Hehehe... Sekonyong-konyong aku tengah duduk berseorangan tuh, tetiba dapat lak call dari PM Alor Setar mintak update. Hmm... Aku commit nak email.
Bosan tak tau nak buat apa, aku pon layan IBFX. Dapat lar dalam seratus lebih pips. Hehehe... Alhamdulillah. Jadik penawar kepada mood aku yg tak berapa nak ceria pagi tadi.
Moral of the story - Please update me on all events that happen on site. No matter whether it is a good or bad news. I need to update my BOSS too.
Dikarang oleh Budak Kampung at Tuesday, November 27, 2007 0 comments
Sunday, November 25, 2007
Arghhh...!!!
Arghhh...!! Man U kalah pulak dengan Bolton. 1st half tgk game pon nampak cam ada yang tak kena jer dengan team Red Devil nie. Game tak macam flow biasa. Nampak cam tersangkut-sangkut jer. Ronaldo tak der, Rooney tak der. Midfield mcm kelam kabut jer. Come on Sir Alex, do something.
Mimpi buruk jadik kenyataan. Final result, kalah 0 - 1. Arghhh.... Berduyun-duyun SMS masuk kat HP aku dari merata Malaysia kutuk. SMS dari pembenci Man U yg aku kenali. Har har har... Biasa lar tuh. Bukan selalu dorang dapat peluang macam nie. Takper... Kasik peluang...
Weekend nie aku rasa cam masa berjalan laju la plak. Hinshhh... Esok UiTM ada konvo. Hmm nak pergi ker tak nak. Kalau nak ikut esok ada jemputan kahwin kat Negeri Sembilan. Pergi kenduri ok gak. Bulih jumpa member lelama. Kalau pergi konvo bosan lak. Kena tunggu lamer. Bosan lak tuh.. Nengok arr cemana esok. Kalau malas sangat aku dok umah jer. Improve apa yg boleh.
Arghh... Conclusion, what a bad weekend for Man U. Means bad weekend jugak kot untuk aku. Masak nak masuk opis hari Isnin nie. Mau cair telinga.
Dikarang oleh Budak Kampung at Sunday, November 25, 2007 1 comments
Saturday, November 24, 2007
TNC Prep Lagi....
Jumaat pon still kat Sg Buloh lagi. TNC prep lagi warkh... warkh... warkh... Pagi sampai aku terus tuju kat Bistro Kak Tun dekat Pusat Kusta Negara yg lama tuh. Dah lama tak lepak sini. Bebudak aku pon kebetulan sumer dah ada situ... Kiter orang dulu suka datang sini bukannyer apa. Satu-satu nyer kedai makan yg dekat yg boleh sap kok dalam kawasan spital. Kekeekekeke... Lgpon dari zaman Hospital Sg Buloh tuh dalam construction lagi kami dah lepak sini.
Prep work hari nie nampak cam dah teratur sket. Buat kerja-kerja final touch up ngan test apa yg patut. Masa tengah testing tuh, sekali berlaku kekecohan lar plak. Printer yang bebudak group lain dah deploy sekali test tak jalan. Hmmm... Nak salahkan network arr tuh. Setelah penyiasatan dijalankan, aku dengan eksyen nyer (hehehe....) confront PM cakap ini bukan masalah network. Leh (budak SSU) lakukan penyiasatan gak on dia punya site. Sekali dorang bubuh IP pada printer tuh salah daaaaa..... Kakakakkakaka....
Petang tuh, aku ada dengar cam kekecoh kat depan. Kebetulan time tuh group aku nak pergi break untuk sap kok. Rupanya ada lar sorang awek tgh bising pasal bila nak troubleshoot printer kat tempat user yg mana tak jalan tuh. Dengar sore, tak kenal pon. Sekali ngk ...... Kakakakaka... Ropanyer Mu Mek. Kekekeke.... Sore laing sunggoh arr mung.
Malam dalam lebih kurang kol 8 baru kami siap kerja. Aku pon dah penat menyapu dalam data center tuh. Aku dah bgtau budak site, starting from Monday, no shoes allowed in this room. Kekekekeke.. Jap lagi nak pi main futsal lagi nie. Hinshh.. Kena gerak cepat nie.
Harap-harap menjelang TNC ngan consultant ngan JKR Monday nnt, semua nyer akan berjalan dengan baik.
To Mantan and Sekutt, May all the force be with you guys during the TNC.
Next week... Kami akan ada kat Ampang lak untuk TNC prep yg sama.
Dikarang oleh Budak Kampung at Saturday, November 24, 2007 3 comments
Friday, November 23, 2007
TNC Prep
Arini setengah hari kat Sungai Buloh. Buat prep untuk TNC minggu depan. Lega nengok data center masih lagi kemas & teratur macam masa aku tinggal dulu. So tak banyak sangat mender nak kena buat. Cuma nak touch up sesikit. PM Sg Buloh cam biasa. Gedik. Kekekeke....
Well hari nie, cam biasa. Everytime kalau aku turun site, mesti akan ada orang kena sound. Tadi aku sound PM Sg Buloh. Macam biasa kalau ada mender tak kena jer aku pon akan change mood. Hinshhh... Bila la nak berubah jadik cool nie. Start kerja kat site lebih kurang dalam pukul 1pm. Coordinate work, siap kerja dalam pukul 6pm. Dah janji ngan Piak nak lepak dengan dia kat kedai bawah pokok ketapang dalam kol 5.30pm. Hehehehe.... Mengamuk dia bila aku ngan team sampai lambat. Har har har... Biasa arr tuh, janji melayu.
On the way balik tadi, masuk highway... kuar kot jalan Duta. Nak kena fetch ayangku kat Jln TAR. Kuar tol jer terus jem. Pelik gak aku. Selalu time dalam kol 8pm mana ada jem sangat. Rupanyer ada road block bersepadu, JPJ ngan Polis. Hampes tol. Sampai turn aku, bapak polisi tuh nengok dengan penuh syak wasangka. Aku bajet macam nak kena jer nie. Maklum lar... Terlbih laju tadi.. Sekali dia suruh jalan. Alhamdulillah... Lepas. Kalau tak sesia jer kena bayor saman.
Sampai depan opis ayangku, dia tak turun lagi. So aku kena lak pusing satu round ikut jalan belakang opis dia. Sekali tempat tuh ada 'awek' la plak. 2 orang lak tuh. Siap nak tahan lagi... Tak rrreeelaaa I youuu. Hehehehe.
Sampai umah decided nak makan bihun goreng jer. So sementara aku pergi bersiram, ayangku prepare semua bahan2 untuk aku goreng bihun. Dah siap semua, aku dinner lebih kurang jam 10 mlm. Lammbatt tuh. Tapi tak per. Puas hati. Home cooking kan. Kekekeke.. Abis makan, terus capai laptop, start MT4 platform. Sekali IBFX holiday larr plak. Cehh.. Mengikut laporan yg diterima dari Piak, esok baru ok balik. Adusss... Bosan kehidupan malam ku. Kekekeke.....
So apalagi... Aku update la blog poyo aku nie. Lepas nie layan mata lagi best. Tidoooo. Sok nak pergi Sg Buloh lagi. Ngantuk dah nie. Nak cover balik semalam berjaga layan bola. Muahahahaha... Feel sorry to all England fans. Aku lak June depan masa Euro... Portugal...! Portugal...! Korang nak tau tak apasal England kalah? Pasal takder sorang pon player Red Devils main semalam. Kekekekeke.....
Dikarang oleh Budak Kampung at Friday, November 23, 2007 0 comments
Thursday, November 22, 2007
People Management
Masa sekolah dulu bila orang tanya nak jadik apa? Aku jawap, askar, polis dan engineer. Kenapa? Sebab askar nengok dia kawad besstttt. Polis sebab boleh tangkap orang. Engineer, sebab apa huh? Sebab title tuh glamer kot. Kekekeke...
Bila dah besar, baru aku tau aku nak jadik apa. Jadik BOSS. Bila dah kerja, baru tau susah jugak nak jadik bos. Bila jadik pekerja, selalu tak puas hati ngan BOSS. Hmmm...
Sekarang... Bila dah dapat peluang jadik ketua (belum BOSS lagi tau!!) baru tau cemana susah nyer nak handle orang. Hmm... People management. Skill yg tak boleh belajar dari buku, tapi dari pengalaman... Yerrr... Pengalaman. Lagi banyak pengalaman sebagai orang yang diarah, baru lar boleh jadik seorang tukang arah yg baik dah disukai ramai. Ini pendapat persendirian aku arr. Kalau ada yg tak puas hati, itu korang nyer hal lar....
Kat bawah nie aku attachkan statement pasal people management nie yg aku search dari web... Ada yg ok, ada yg cam skema jer...
A manager's most important, and most difficult, job is to manage people. You must lead, motivate, inspire, and encourage them. Sometimes you will have to hire, fire, discipline or evaluate employees.
Instead of giving orders, a smart manager gives instructions. Learn how to give instruction instead of giving orders to become a better manager. (Hehehe... Baca cam senang, tapi tak senang tuh... Mana tahan, kena lak kalau subordinate tuh degil.. Heheehehe)
An employee life cycle is the steps the employees go through from the time they enter a company until they leave. Managers are in a key position reduce employee cost using the condensed employee life cycle of HIAR (pronounced hire)
Most managers don't know how to delegate. They hold on to tasks that others should be doing for them or they just dump those tasks onto subordinates. Both are wrong. Learn these secrets to delegating and it will make your job easier and make your employees happier. (Yang ini aku tgh dok buat sekarang nie.. So far ok. Semua leh diharap. Sampai aku rasa cam tak der kerja lak. Kekeke... Tapi accountability still on me...)
Fuhh ada byk lagi nie kalau nak copy paste. Cukup dulu arr. Lain kali sambung lain. Citer bab kerja nie sampai bila pon tak habis. Bosan....
Dikarang oleh Budak Kampung at Thursday, November 22, 2007 0 comments
Monday, November 19, 2007
Nostalgia
Perasan atau tak, lagi lama kita hidup, lagi banyak nostalgia kita. Tak kira lar nostalgia tuh sedih atau gembira. Kadang-kadang sambil duduk sorang-sorang pon kita akan terkenang balik nostalgia lama. Zaman budak-budak, sekolah sampai lar zaman mula-mula start kerja dulu... Hehehe.... Nostalgia jugak kadang0kadang buat kita duduk senyum seorang-sorang cam orang tak betol. Hmmm nostalgia....
Cerita pasal nostalgia nie bukan nyer apa... Tadi masa on the way balik dari rumah parents, teringat pulak nak mainkan lagu dari CD yg aku burn dulu. Dah lama tak dengar. Berkumandang lar lagu-lagu jiwang dari kumpulan Headwind, Search, Lefthanded, Ekamatra, Gersang dan macam-macam lagi. Sesetengah kumpulan nie aku rasa dah tak wujud lagi kot.
Dengar lagu Suraya, teringat kat kawan masa sekolah.. Hehehe... Mana lar si Suraya and the gang kelas 2P1 kat MES dulu yerr.. Lepas tuh lagu Kita Serupa lak.. Masuk lagu Gadisku dendangan Search mmg buat aku senyum sengsorang.. Sedar tak sedar masa drive tuh aku boleh terikut nyanyi penuh perasaan. Kelakar betol. Sedar tak sedar dah sampai depan rumah....
Itulah dia nostalgia. Kadang-kadang bila terdengar lagu-lagu lama nie, tercetus balik kenangan silam masa budak-budak dulu. Betul lar jingle siaran Sinar FM tuh... Aku rasa aku membesar dikelilingi oleh lagu kot. Pantang dengar lagu lama yg top di zaman nyer, ada jer kenangan yang ada kena mengena ngan hidup aku.
Nak dengar lagu lama lar... Tajuk Dalam Kenangan..... Besssttttt..
Dikarang oleh Budak Kampung at Monday, November 19, 2007 0 comments
Sunday, November 18, 2007
Kisah di Alor Setar....
Weekend without EPL game mmg boring... Hmmm... England game bosan.. Menang 1 - 0 tapi mcm payah nak menang. Rasa nyer cam tak layak jer dorang nie nak pergi final round Euro. Malaysian team lak hancus. Main ngan Maldives kalah 0 - 1. Main lak tgh hari buta.. Iyer lar nak sesuaikan dengan cuaca panas bila main tgh hari buta time kat Korat nnt kan.. Anyway... Nice try Malaysia... After a big revemp in FAM punya org chart, aku tak harapkan pon berlaku something magic. Slowly as long as ada peningkatan... Tapi kome jangan ler slow sgt yob...
Bosan-bosan nie teringat plak kes 2 budak praktikal kat department aku tuh.. Kesian pon ada kat dorang... Alkisah, masa kat Alor Setar hari tuh, aku ada gak offer dorang tak yah balik KL sekali ngan rombongan aku... Dah alang-alang ada kat Alor Setar, baik dorang balik kg jer. Dua-dua pon asal dari Pendang. ... Offer punya offer dorang kata tak nak.. Pelik gak aku...So aku pon mulakan lar siasatan pasal apa dorang tak nak balik kg.... Jeng... Jeng... Jeng...
Setelah puas ditanya secara perlahan-lahan (ayt kena slow-slow), baru dia orang cerita kat aku rupanyer mmg diaorang nak balik. Itupon kalau boleh nak singgah sekejap jer.... Nak ajak rombongan aku pergi sekali lar... Aku tanya lagi, apasal tak nak balik terus jer.. Jumaat aku bagi off, hari Ahad baru balik KL. Dengan linangan air mata, (time nie aku dah panik giler dah... giler apa kalau org nampak aku bagi 2 orang anak dara nangis depan aku), dorang cakap duit tak dak nak buat tambang balik KL. Kami orang susah ... sambil teresak-esak... Aduhhhhhhhh...!!! Aku tak suka betol berada dalam keadaan cam nie....
Aku terdiam... Aku tanya lagi... Duit elaun tak dpat lagi ker... Dorang jawap tak masuk lagi... Aku terkejut... Aku tanya lagi, "Apasal?..." Sekali dorang jawap, orang akaun tersilap akaun number dorang.... Hmm.. Pelik lak aku, sebelum nie ok jer... Apsal tetiba bulan ni boleh silap nombor akaun lak??? Hmmm... Aku pon tak tau... Tetiba aku rasa cam nak marah pon ada, sedih pon ada.... Sebak lar jugak aku sekejap... (hehehe.... marah orang time kerja nampak ganas... Tapi saper sangka aku ni sentimental gak ehh... Kekekeke)...
Tak lama lepas tuh aku panggil group aku.... Sekutt, Bulat ngan Mantan... Aku explain kat dorang pasal budak 2 orang tuh... So kami setuju untuk kongsi duit belikan dorang tiket bas untuk balik ke KL Ahad nnt. At least, itu jer lar yg mampu kami buat... Kesian kat doarng... Aku paham perasaan dorg pasal aku pon pernah ada kat tempat dorang satu masa dulu... Mungkin tak seteruk tu.. Tapi aku paham... Hmmm....
Hari Khamis petang tuh, kami hantar dorang ke Shahab Perdana... Lupa lak... Rancangan kami nak belikan tiket bas nie dorg still tak tau lagi... So aku ngk muka minah 2 orang nie macam cuak jer... Sebab dah berkali-kali dorang cakap kat aku yg dorang tak nak balik... Aku cakap... Aku tak kira... (hehehe.... sempat usik dorang lagi tuh...)
Sampai kat kaunter bas aku suruh Bulat ngan Mantan handle tiket... Diringkaskan cerita dorang pon tau plan kami, aku rasa cam seronok lak ngk muka dorang... Nampak cam relief and sedih jerr... Aku belah dari kaunter tuh... Nak carik bas untuk dorang balik ke Pendang lak... Lepas semua settle, aku hulurkan dorang RM buat tambang dari Alor Setar ker Pendang... lega aku ngk muka dorang yg tersenyum sambil ucap terima kasih kat aku ... (ntah berapa kali dorang ucap aku pon tak terkira dah...). Lega rasa... AKu sembang ngan Uncle (PM Alor Setar Proj) hilang rasa tension ngan letih 2 - 3 hari kerja kat Alor Setar... Uncle hanya mampu tersenyum jerr. Tanpa ada sebarang komen. Mungkin Uncle pon sebak gak kot.
Lepas makan wafle yg beli kat stesen bas tuh (awek yg jual tuh lawo, itu yg si Sekutt beli tuh... Oooo... Report kat orang Sg Buloh baru tau...)Kami start keter.. and teruskan perjalanan ker Jalan Pegawai untuk makan kat Restoran Zefee sebelum teruskan perjalanan pulang ker KL..... Hmmmm..... Lumrah kehidupan... Hidup nie umpama roda bak kata sesetengah lirik lagu tuh mmg lar betol sesangat... Mana tau.. Satu hari nnt budak 2 orang tuh pulak akan berjaya... Insya Allah....
Dikarang oleh Budak Kampung at Sunday, November 18, 2007 0 comments
Friday, November 16, 2007
Finally.....
Finally I'm baaaccckkkk.....
Semalam abis memerah keringat bebudak NSU ngan O&M Alor Setar buat kerja sampai habis. Kasik clear server room and semua TCR yg involve. Kalau 1st dah llunch kol 5 pm, emalam lak lunch kol 6.30 pm. Hahahah... Kejam ker aku nie? Hmmm... Entah lar....
Nampak cam kejam tak? Tapi finally mission accomplished. Itu yg penting... Effort tak kpenting kalau result takder... Itu bak kata management lar... Hmmm... Entah lar.
Kesian jugak aku sebenarnyer kat bebudak nie.. Tapi tak per.. Dorang sumer aku harap paham arr. Itu yg aku suka kerja ngan bebudak NSU nie... Dorang dah masak sangat dah dgn perangai aku.. Kalau kerja.... Buat bebetol... Kalau makan... pon bebetol... Kalau borak... Hehehehe... Payah nak berenti... As long as dorang paham bila aku boss and bila aku kawan cukup. So far... marvellous... They know and act professionally... Aku sukaaaaaaaaa.....
Kay arrr.... Nak sesiap main futsal as usual. Hehehehe....
Dikarang oleh Budak Kampung at Friday, November 16, 2007 1 comments
Wednesday, November 14, 2007
Hospital Alor Setar Day Two - Part One
Grrrrrrrr........ Hari nie buat hal lagi... Aduh.. Yang sakit hati nyer, bukan orang lain lak tuh... Bebudak NSU lak buat hal.. Buat deployment work kelam kabut. Macam baru 1st time buat. Main terjah jer. Lepas tuh tak nak update... Kot-kot lar ada problem kerr... Settle ker... Tak leh nak settle kerr... Arghhhhh.... Sumer nyer nak kena tengking dulu baru nak in order... Sebagai denda... Kerja siap baru boleh makan... Sekarang kasik kerja dulu...!!!!
Argghhhhhhhhh..........!!!!!
PS - Nak bagitau kat ada orang tuh, kami pi makan kat kedai seafood kat Jalan Kuala Kedah. Kat kedai tuh siap ada tulih 'harap maaf. Hidangan kami mengambil masa untuk disediakan'... Haa tu arr sbnrnya. Bukan pi tolong orang kedai tuh masak... Kekekeke.....
Dikarang oleh Budak Kampung at Wednesday, November 14, 2007 1 comments
Labels: Trip
Tuesday, November 13, 2007
Hospital ALor Setar Day One
Aku tension... Memang tension.... Secara tetiba jer aku boleh mood swing.. Gaban nak tukor baju pon tak sepantas aku change mood. Ini semua pasal server room condition. Berterabur... Bersepah-sepah.... Dengan barang GE lar... dengan sampah sarap & debu kontraktor aircond lar... Arrghhhhhhhh...........!!!!!! Geram akuuuu......
Tak pasal-pasal jer sumer budak site ngan budak NSU aku belasah.... Hehehehe... Gerun gak dorang biler aku dah ngamok... Habis aku call GE punya Project Manager. Siap kena maki lagi... This is not the time for me to soft hearted. Bengang tol lar...
Coz of that incident, aku terpaksa tukar rancangan... My plan... Big plan.... Ffuuhhhh.... So arini I've decided to clean all the mess dalam server room. Itupon lepas dah berbuih dah mulut ni berleter.... Kalau mulut ni plastik, dah lama koyak kot... Hahahaha... PM Alor Setar pon cuak ngk aku ngamok tadi.
Alhamdulillah... Esok kontraktor aircond ngan GE engineer will be onsite to start work. Tak paham aku. Nak kena maki baru nak kerja... Hinshhh... Azam tahun 2007 tak tercapai lagi gamak nyer. Puas tahan sabar... tapi tak leh nak bersabar siottt... Ingatkan tahun nie nak kontrol aku nyer hot temper. Mau naik BP nie kalau check....
Anyway, around kol 8 malam tadi semua bebudak dah clearkan. Nak pujuk aku lar kot.. hehehehe... Baru lapang sikit mata nengok server room... Hahahaha... So tomorrow start with a new chapter. Kesian gak aku kat bebudak site yg baru 1st time jumpa aku... Kekekeke... Takper... At least next time bila aku cakap.... dorang akan tahu aku really meant for what that I've said... Idak ler dorang ambik mudah jerrr.... Yer dak???....
Gambor open house tak sempat lagi nak upload... Arghhh... Nanti dulu lar... Nak kena filter sket lagi tuh.... Kekekekeke......
Dikarang oleh Budak Kampung at Tuesday, November 13, 2007 1 comments
Labels: Merepek
Hari Raya Open House.....
Banyak sangat pertanyaan pasal gambar open house hari tuh... So... di masa terluang kat Alor Setar nie aku load kan lar gambar2 masa open house arituh... Kalau ada image yg agak blur tuh... Bukan salah kameraman atau kamera... Tapi 3G line kat sini kot... Mana lar nak tau... Load image kat sini pakai 3G jer masalah...
Piak and wife... Orang kuat ITD nie sekarang... Dah jadik Project Manager dah niee.... Hebat... hebat....
ManTan dengan family pon ada.... Datang dari Gombak... Lepas ni kata nyer nak beraya ker Rawang lak.....
Yang nie kira bersalam-salaman nie.. Mintak ampun dan maaf.. Yer lar.. Memasing banyak dosa sesama sendiri... Time main futsal tak ingat kengkawan... Main belasah jerr.. So ini la masa nyer nak mintak ampun di atas segala terjahan sewaktu main futsal... Kekekeke
Yang ini lak Irwan... PM Pekan. Husband pada Noi tadi... Hehehe... Ada cerita lawak nie masa dorang otw nak dtg umah aku. Hehehe... Dorg tersalah pegi umah orang lain kat area situ jugak. Konfiden jer minum... Lepas tuh baru perasan salah umah. Tapi takpa.. Kira raya jugak arrr...
Yang kanan tuh Babam... Yang kiri lak Aghih Poyo... Nak kemana-mana pon mesti berdua. Cam pakwe ngan makwe lak... Hahahaha
Shazman and family. Yang nie ex FSBM staff... Rakan sepermainan badminton dulu nie masa zaman kegemilangan kami dulu.... Hehehehe
Dikarang oleh Budak Kampung at Tuesday, November 13, 2007 2 comments
Outstation
Dah sekian lama aku tak mai Aloq Setaq, hari nie aku sampai juga di Alor Setar. Naik flight dari KLIA kol 7.45 pagi. Sampai airport Alor Setar lebih kurang kol 8.55 pagi. Umangaiiiii...... dah lama tak turun kat airport Alor Setar nie. Perubahan yg amat besar. Airport pon dah canggih. Besar dan moden.
Trip Alor Setar kali nie pi Hospital Sultanah Bahiyah. Nak monitor deployment of network equipment for the whole hospital complex. Equipment lambat sampai. Dateline stick. Tu lar dia kalau buat kerja ngan PM. Dorg bukan nak ambik kira masalah kita kat site. Dah lar time limited. Hospital lak dah ada patient. Harap-harap planning yg dah dibuat tak der gangguan. Kalau tak masaaakkk weiii.....
Sampai airport td, aku mcm terkena kejutan lak. Tak tau nak buat apa. Mujur ada member kat Alor Setar. Call dia & kebetulan dia lak free. Hehehehe... Pakai driver lar aku 3 hari nie. Kekekeekeke.....
Dah alang-alang sampai Alor Setar nie, banyak lak plan yg nak dibuat. Nak carik makanan laut fresh kat Kuala Kedah, tapau bawak balik KL... Huhuuuhuhuhuhuhu.... Sini murah lak tuh...
Harap-harap kerja kat site tak drag sampai malam. Kalau tak hancuss plan yg dah dibuat....
Okay arrr.... Busy nie... Hehehehe... Nak kejar dateline.... Huhuhuhuhuhuhu......
Dikarang oleh Budak Kampung at Tuesday, November 13, 2007 1 comments
Labels: Trip
Monday, November 12, 2007
Terima kasih
Alhamdulillah,
Selesai jugak majlis open house semalam. Penat weii.. Fuhh.. Last guest balik pon jam 11.00 malam. Penat-penat pon aku rasa seronok jugak. Iyerlar bila ramai kengkawan yg datang. Makanan lak.... hmmm... cam yg lepas jugak, tak cukup... Har... har... har... Mujur aku ada runner pergi beli ayam lagi 5 ekor.
Thanks to both of my parents yg datang untuk membeantu. Hehehe... Without them, aku pon tak tau apa jadik kat majlis aku semalam. Also to my beloved wife... Hehehe... Kesian dia.. Sampai krem kaki.. naik turun tangga umah jadik tour guide. Kengkawan ramai datang bukan setakat nak beraya, tapi dorang ambk peluang jugak meraon umah aku... Takper arr... Mana yg nak masuk umah baru tuh, yg ok korang jadik kan arr contoh, mana yg tak ok tuh korang jgn tiru arr yer... Hehehe..
Finally thanks to all the guests yg sudi meluangkan masa korang datang ke Shah Alam nie.. Walaupon jalan aku dgr jem teruk... Thanks again to you guys for making my open house meriah giler.. Walaupun penat, tapi.... besttt...
p/s Insya Allah... next entry aku load gambar majlis...
Dikarang oleh Budak Kampung at Monday, November 12, 2007 1 comments
Friday, November 9, 2007
Ntah apa apa ntah
Belek punya belek guest list nie.. ramai gak yang aku jemput. Member opis, member opis lama, kengkawan masa kat PUO, kengkawan wife aku.. Tak termasuk lagi jiran-jiran setempat ngan sedara mara lagi tuh. Isshhhh... Cukup ker makanan yang aku prepare ni nanti. Teringat plak last sekali aku buat open house dulu, raya tahun 2000. Hehehehe... Sampai tak cukup makanan. Tak sangka lak ramai yang datang. Puas hati aku... At least baru aku tahu kedudukan aku di hati dan mata dorang... hehehehe. Sayu gak... kakaka... Apa ni.. caishh.. tetiba sentimental lak... Kakakakaka....
Malam nie tak der futsal cam biasa. Bz sket pasal nak prepare untuk esok. Hehehe... Dua tiga orang gak ada call tadi tanya apasal tak main. Kekekeke..
Ehh.... Apa citer lar rendang aku dalam kuali tuh. Cakap pasal rendang nie, esok menu aku simple jer. Di samping raya pon last day sok, bajet juga memainkan peranan yg penting. Hehehehe... Tak leh lar nak buat menu cam umah sekutt ari tuh. Dia tak per. Bajet besar. Aku simple jer. Setelah meeting limer ker nam kali... finally sebulat suara...... nasi lemak, sambal tumis ikan bilis, ayam goreng rempah, rendang daging, nasi himpit, lontong and kuah kacang.... Kekekeke.. Simple jerrr...
Kay arrr... Nak masuk dapur balik.. Ambik time out sekejap tadi. Kakakaka......
Dikarang oleh Budak Kampung at Friday, November 09, 2007 2 comments
Labels: Merepek
Memula...
Assalammualaikum....
Hmm... Bermula sudah kerjaya blog aku nie. Apsal bz nak blogging nih? Dah tade kerja dah ker? Ntah lar... Mcm dah jadik trend ler pulok.. Mungkin dah jadik kebiasaan kot. Cuma aku jer yg ketinggalan. Atau pun mungkin aku yg malas nak buat perubahan atau percubaan.. Ehh.. Apa yg aku mengarut nie? Ntah larrr... layannnnn......
Dikarang oleh Budak Kampung at Friday, November 09, 2007 0 comments
Labels: Merepek