Tuesday, December 30, 2008

Azam dan Keazaman...

Rasanya masih belum terlewat kalau nak ucap Selamat Menyambut Awal Muharam. Semoga hidup kita diberkati di tahun baru yang akan datang ini. Di samping itu jugak, bersyukur kepada Ilahi dengan limpah dan kurniaNYa, di atas segala rezeki yg telah dikurniakan sepanjang tahun lepas. Insya Allah, tahun yg baru ini, kita akan dilimpahkan lagi rezeki serta kesihatan yg baik...

Sebut pasal tahun baru nie, rata rata orang tengah semangat pasal azam tahun baru bagi tahun 2009 yg akan datang tak lama lagi nie. Cenggitu lar lumrah. Setiap kali tibe jer hujung tahun, nak masuk tahun baru, memacam azam akan dibuat. Azam yg telah dibuat hujung tahun lepas tu pon tak tau la dah tercapai ke belum. Kadang tu, kita nie sibuk jer berazam, tapi nak tunaikan azam tu belum tentu lagi tu. Apa-apa hal pon terpulang la pada diri memasing.

Bagi aku, azam aku yg dah bertahun tahun nak buat still tak berjaya lagi... Sejak aku masuk kompeni nie lagi aku dah berazam... Niat tu dah ok dah... Tapi ketahanan diri tu jer yg tak der lagi. Maklumlaa... Setann ramai kat sini. Ahahaha... Ada gak kengkawan yg dah pernah berusaha ke arah ini. Yang berjaya aku ucapkan tahniah. Yang gagal di medan perjuangan, aku simpati dan gembira. Simpati pasal azam korang tak tercapai... Gembira pasal geng aku still ramai lagi nak buat aktiviti nie and tiap kali session aktiviti nie, suasana masih lagi meriah... Hua hua hua hua... Itu lar dia... Bukan senang nak capai azam nie bagi para para PEROKOK TEGARRR....

Akhir sekali.... "Selamat Menyambut Tahun Baru buat korang dan keluarga..."

Monday, December 22, 2008

Dah lama tapi masih terasa baru...

Dah lama tapi terasa baru... Hurmm... Tu arr dia. Kuritaku akhirnya siap jugerk sebelum raya hari tu. Masa pergi ambik kat workshop tu, ku lihat dekat, ku lihat jauh, hurmm... puas hati. Rasa keterujaan ku masa on the way nak gi ambik aku rasa cam tak sesia la plak. Ahahaha...

Semua kerja-kerja baikpulih seperti yg telah dirancang. Termasuk kerja-kerja penyalinan kulit rim kuritaku. Wahahaha... On the way balik dari workshop, masa berenti kat traffic light, ada jugak dua tiga pasang mata yang menjeling. Ngk keter... Ngk rim... Ngk driver... Perghhh.... Hahahahha...!!!

Projek lepas nie lak, aku nak buat penyelarasan ICE (In Car Entertainment) plak. Bukan nak buat lelebih pon. Bukan nak bunyik sampai berdentam dentum pon. Cukup la sekadar baik sket dari apa yg ada sekarang. Hehehe... Aku sendiri pon tak sabar nak tunggu hasil nyer nanti. Bila nak buat ekk? Hurmm... Kena tunggu poket yg dah kosong nie penuh balik arr kot. Pada mereka yg berkenaan tu, kalau ada job, sesila la bagitau ekk. :D :D






Huhuhuhuhuhu.... Teruja sungguh. Kanss....

Wednesday, December 3, 2008

Dah Tak Lamaa Daahh....

Tup tap tup tap... Kejap jer masa berlalu. Pantas giler. Kadang kalau kita layan jer, kita tak perasan pon the moment passed away just macam tu jer. Memula rasa cam lama lagi, alih-alih dah nak sampai masa nyer. Kansss...

Sama laa cam kuritaku. Masa memula nak tinggalkan aritu, rasa cam, "Alamakkk... Lama nie nak tunggu siap nie...". Sekali hari nie call, worksyop kata kuritaku dah nak siap. Maybe esok atau lusa dah bulih ambik. Parts yg diorder semua dah sampai. Kerja-kerja penyemburan parts baru kuritaku sedang dijalankan. Alhamdulillah. Insya Allah sempat jugak aku dapat kuritaku sebelum raya nie... Ehehehe...

Sebut bab masa nie biasa laa kans, yg menunggu hari tu, gelisah tak sudah, bagai menanti buah yg tak gugur gugur lagi. Bagi yg tak menunggu plak, masa tu macam sekelip mata jer jalan nyer. Alih alih dah nak abis. Macam macam... Apapon... Bak kata orang, masa itu emas. Every moments counts. Ekk...?

Time is an equal opportunity employer. Each human being has exactly the same number of hours and minutes every day. Rich people can't buy more hours. Scientists can't invent new minutes. And you can't save time to spend it on another day. Even so, time is amazingly fair and forgiving. No matter how much time you've wasted in the past, you still have an entire tomorrow. Denis Waitely

Time is the most undefinable yet paradoxical of things; the past is gone, the future is not come, and the present becomes the past even while we attempt to define it, and, like the flash of lightning, at once exists and expires. Charles Caleb Colton

Time is what prevents everything from happening at once. John Archibald Wheeler

Few quotation that I could find about time. Love the last one, simple but yet meaningful...

Monday, December 1, 2008

Monday Bluesss.... or Rock and Roll ek??

Monday again. For the past 2 weeks, the 929 meeting been attended back by all the managers. Active gilsss... Means lots of updates and issues highlighted. Hurmm... Its really a chaotic Monday morning for me today. Enuf for being up late, (again... Ehehehehe...). Suddenly no electricity at home. Checked whether its just my home or all affected. Mak cik Siti told that she called TNB and there are suppose no maintenance work and they will check. Hahaha... So confirmed. Its not just me.

As usual, warm up the engine. Got into the car then..... Alamakkk....!!! No power maa. So the gate won't open. No matter how many thousands time I pechet the remote, it won't open. Aduhhhh.... Dah la lambat kans... So I have to open it manually. Since I don't ever try how to open it manually before, it took me quite sometimes to find a way how to manually open the gate. Amie, my neighbour sengih jer and said, "Abis laa ngko tak leh kuar...". Ahahaha... Tried for several times, still cannot. Read the manual and it seems very easy. Binawesss betulss...

With high determination (hehehe... kabuts giler dah time nie, basah ketty dah nie...), I called the manufacturer. Lucky I still got the hp no. He told me and taught me step by step on what to do. Owhhh.... Itu macam kaaa.... Now I know that its not just simply open here and there. There are a step before I could open it manually since it involves with hidraulic motors and some mechanical parts. Perghhh.... Complicated. I thought, all this things will ease the way we live. But if a disaster (if we can call it disaster) happened like this, if we panic, then..... hehehehe... Memang EL la hari nie... Kekekeke....

Once I managed opened the gate, I found out there are several of my neighbours don't know how to open it manually. Ahahaha... Kita serupaaaa..... Sorry mates, can't help you guys, need to rush to the office... Settled one issue.

On my way to the office, suddenly I noticed the fuel indicator in this Perdana turn to ON. Aiyorkkk... Fuel empty la plak. Why now haa...?? Huh... Telan minyak kuat betol Perdana nie. This is the time when I really miss my HONDAAAAAAAAAA.... Power of Dreams... Gambled all the way to the office. Alhamdulillah sampai... So now I have to find a way to re-fuel the Perdana after the meeting. Hopefully I'll reach to the nearest petrol pump before the fuel tank really empty....

Monday Bluesssssssssssss... Soooooooo happened on 1st December. Arghh...!!! Worst case, I called the workshop and they informed me they still do nothing yet to my car. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!!! Lucky the sms came in and made me smile... Thanksssssss... :) :)

Sunday, November 30, 2008

Rinduuu Nyerrrrr...

Futsal on FridayNite best la plak. Dalam hujan and cuaca sejuk tu, ramai yg datang. Ada la dalam 15 orang. Ok gak. Siap bulih tuko2. Idak ler rasa cam nak pecah dada main. Competition pon tinggi gak. Pasal saper kena 3 gol, kena kuar. Saper agak nak main lama, kena arr sesungguh bior tak kalah.

Huh... Dah 3 hari, tapi rasa cam dah 3 minggu la plak. Eventhough ada replacement, tapi tetap tak sama. Rinduuu gilsssssss kat kurita ku. Huhuhuhuhuhuhuhuhuhu.... Jangan sampai tak siap sebelum raya nie cukup la. Tak sanggup rasanyer beraya tanpa dirimu di sisi. Isk... isk... isk... Need to remind myself to call the workshop and ask the perkembangan kurita ku Isnin nie. Harap harap 'surgery' dah start. Kalau tak buat apa apa lagi, mau tak siap nie. Bahaya nie... Aku harap penampilan dan perubahan yg bakal dilakukan akan memuaskan hati aku. Semoga dengan sedikit perubahan tu nanti akan menambah lagi kemantapan nyer. Ehehe... Apa laa perubahan tu ek? Sesama la kita tungg nnt ek. Cakap lelebih kang, kot nyer tak lawo nanti, keciwa lak aku.

Hurmm... Man U vs Man C malam nanti. Manchester derby. Last season, dedua game Man U kalah. Bahaya nie. Hopefully 2 games in a row, a goaless draw will be end by Man U win. Hurm... Glory... Glory... Man Unitedddd...!!!

Tak larat nak pikior dah teman nie haa....

Tetiba jer lagu nie jadi siulan sejak dua tiga hari nie. Puas pikior saper nyanyi lagu nie. Macam lagu lama pon ada. Tapi rasa cam lagu baru pon ada. Ishh... Pening. Time nak tau tuu laaa dia terlupa. Puas pikior kan. Sekali bila dah tau, betul laa tu. Lagu memang lagu lama, tapi nyanyi oleh kumpulan yg tak jugak barunya.... Ahahaha...

Memang tension betul kalau kita tau sesuatu tu, tapi bila time nak ingat... dia bebuat terlupa la plak kan. Sampai asyik memikiorkan diaa jer. Ahahaha... So kepada korang yg masih tak tau lagi saper penyanyi asal lagu nie... Haa... Layannn jer la ekk...


Wednesday, November 26, 2008

Adusss...

25 November 2008... Ahahaha... Aku kena lagi...!!! Kena apa ek? Kena sontot laaa... Ahahaha... Aku pon tak tau apasal. Tapi sejarah pakai keter nie. Asyik kena sontottt jerrr... Apa? Bontot keter aku yg dulu ngan sekarang nie menggoda giler kot. Ahahaha...

Kali nie pon kena sontot gak. Sedih? Marah? Memula tu cam bengang gak la kan. Sekali aku kuar keter, ngk mamat nie muka pucat ngan gabra giler jer. Yer arr kan. Kalau aku yg nyontot bontot Bimer ker Merc ker... Memang aku pucat gak. Ehehe... Kluar jer terus aku tanya dia, "Amacam nie bro? Nak settle ker nak report?". Dia garu kepala dia sambil ngk bumper aku. Aku rasa kepala dia mmg tak gatal masa tu. Lama senyap, aku cakap lagi, "Report jer larr ek? Nak settle pon mau makan beribu nie bro. Bumper jer kalau baru sekali cat dah seribu lebih. Tak masuk bonet nie lagi. Ekzos pon kena gak tu". Macam kena pukau lak mamat nie. Main angguk jer. Ehehehe... Last-last setuju sesama nak gi report. Aku ambik particular dia terus aku cakap nak gi report and aku suh dia report sekali. Kang kalau dia tak report kang mau lak jadik kes. Sekali ngk no ic dia, pang 84. Ek eleee... Muda lagi mamat nie. Patut la gabra giler.

Aku terus call sedara mara yg kerja polis cakap trafik mana aku nak kena report. Sekali kena pergi IPD Gombak. Aleeemaakkk. AKu dah pernah pergi sini dah dulu. Kes kena sontot gak. Memang lambat laaa. Pasal kes banyak. Sampai sana mmg lama pon. Urusan nyer 45 minit jer. Nak menunggu nyer sampai 3 jam. Pastu lak kat enquiry tu, cam eksen la plak Lans Kopral tu (nama rahsia la ekk...). Sekali mintak lesen aku. Hurmm... Aku bagi lesen. Lepas tu baru cakap elok ngan aku. Siap berencik encik lagi. Ahahaha... Birokrasi nie kadang penting gak.

Dah siap report, kena tunggu AIO (Asst Investigation Officer) lak. Mamat tu cakap, "Encik nak pi minum ka apa ka pi la dulu. Sarjan ******* balik umah sat, nanti dia mai saya telifon Encik". Aku pon senyum jer sambil cakap tak pe. Aku terus kluar pi sap kok kat luar opis tu. Mamat tadi nyontot bumper keter aku datang awal. Terus pergi tunggu kat dalam. Perghh... Lama gak tu dia tunggu tu. Tak bosan ker duduk kat kerusi kat dlm opis tu. Lantak lerr kome.

Selepas 3 jam berlalu, settle lah segala urusan aku (malas nak citer panjang lebar pasal kat balai nie. Sakit ati jer). Start keter terus ke Segambut. Tempat pomen yg aku biasa hantar. Check sikit lebih kurang, dia buat estimation berapa nak kena. Lepas tu terus settlekan pasal dokumen insuran. Sempat gak jumpa orang dept claim CIMB. Ehehehe... Mujur kroni besar... Sekali lagi, birokrasi nie penting gak bila perlu. Dah tau procedure sikit lebih kurang, hari nie aku pon hantarlaa kurita ku ke bengkel. Nak kena tinggal tuu. Berjauhan la aku ngan kurita ku untuk seminggu nie. Owhh... Rindu nyerr... Tak sampai sehari lagi nie... Ehehehe...

Pesanan yg selalu didengar, berhati sewaktu memandu. Ingatlah orang yg tersayang. Tapi kalau kita yg berhati hati, kita yg beringat, orang lain lak tak berhati hati, pastu dorang tak der saper yg disayang... Pastu langgar lak kita... Haaa.... Cemana tuuu...??? Sunat sekali lagi mamat yang langgar aku hari tu baru tau... Eeeiii... Mujur ngko Melayu. Kalau Kelly Ng.... Huh!!! Memang sah kena sunat on the spot. Ehehehe...

Nampak cam sikit jer kans?? Tapi parah tuu... Kesian dia. Tu arr... Bontot seksi bebenor kott...

Bukan setakat minor injury nie, memang kena tahan wad nie. Luka dalaman agak parah nie... :( :(

Conet ekzos nie pon sampai senget benget... Ganah nggoh mamat yg menyontot nyer... Huh...!!!

No komen... Sedih ku lihat kecederaan dirimu.... Arghhh....

Sampai cam nak berlipat ngko ekk... Sian btol larr... Hinshh... Tak sanggup nak ngk lelama...

Imej nie kannnnn......

...... takder kena mengena pon ngan aku, sekadar peringatan kepada kengkawan aku jer yg pakai keter jenis niee.... Especially Leh ngan Babam... Ahahahaha... Beringat la yerr... Usah bawak lelaju....

Tuesday, November 25, 2008

Apadaa... Luper taruk lak tadi... Ekekeke...

Setelah lama meja meeting tak penuh ngan orang, hari nie meeting 929 @ 229 @ Cyberjaya ramai la plak attendance nyer. Ehehehe... Dah lama opis tak ramai, sekali hari nie ramai la plak orang. Meriah la plak rasa. Yer arr... Maklum jer la. Staff strength pon makin lama makin kecut. So kalau dulu, berdoyun doyun makhluk kat opis nie, tapi sekarang nie, idak ler ramai.

Meeting cam biasa. Orang yg byk cakap pon orang yg biasa. Perkara yg dicakap pon perkara biasa. Takder apa yg luarbiasa nyer pon. Oleh kerana pasal terlalu biasa, aku pon cam biasa... Sangap jer lerr seperti biasa. Ehehe. Kengkadang jer bila nama disebut atau dipanggil, terkulat kulat ler plak aku nak catch up balik sambil jawap apa yg patut. Isu dah makin kurang. Kebanyakan dah deliver. CUma outstanding jer yg banyak nyer. Itupon bukan site aku lar. Ada satu lagi unit punya hal. Alaa... Unit power niee... Unit core. Ehehehe... Bab aku cuma update pasal documentation untuk binding. Kebanyakan dah nak siap. Cuma ada laa lagi yg nak kena print balik. Takper... Pelan pelan laa kayuh. Nanti siap la tuu... Kang kalau cepat siap, cepat lak kena cari kerja lain. Kekekeke...

Sekarang 929 meeting. Dulu masa opis kat KL dulu kat tingkat atas, panggil ICM meeting. Bos besar aku panggey, I curik makan. Ahahaha.... Padahal Internal Coordination Meeting. Perghh... Selalu buat hari Jumaat lepas sembahyang Jumaat. Time tgh sebok dulu nie, memang kecut aku nak masuk meeting nie. Mana tak nyer. Boss aku dulu tu dah arr macam singa jantan. Sekali dia cakap. Kalau seploh perkataan, enam perkataan tuh mesti carut. Ahahaha. Tak der nyer yg betul. Semua tak betul. Tapi ok la. Kalau bulih survive dalam meeting dia nie, pendek kata mana mana meeting JKR ker hospital ker, memang leh survive la. Ahahaha...

Hurm... Just a little update. Pagor umah aku tak ok lagi nie. Tetiap pagi nak kuar mmg masak. Oleh kerana dah tak tahan sangat kena ujan masa nak katup pagor tuh, tadi aku pon tipon arr vendor yg incharge pasal pepagor otomatik nie. Ahahaha... Lega... Sok petang kata nyer nak datang. Yeayyy... Dah puas aku call tak dapat. Akhirnya dapat gak. Lepas nie tak yah nak jejerit dah aku niat ingsong niat ingsong nie. Main tekan jer... Ahahaha...

Huh... Tetiba aku teringin lak nak makan memacam tetangah malam nie. Apasal la plak nie. Nak kuar malas la plak. Sabo jer laa... Ini semua maybe pasal kuat ngusik nie kot... Ini kalau pergi Mc Donald drive thru best gak nie. Tapi nak drive kuar tu yg aku malas tuuu... Ehmm... Bancuh milo makan ngan beskut jer larr. Janji bulih buat lapik mulut nak sap kok. Kansss...

Haaa... Akhirnya inilar hidangan untuk aku lapik perut aku memalam buter nie kans. Save duit siut. Tak yah nak drive pergi jejauh. Cicah lak ngan air milo panass... Slurppp.... Sedappp siutt....

Haaa... Sekali ngap jer nie... lahap giler. Akakaka... Sedap siut. Kalau korang tak caya kan, apakata korang gi beli Cream Cracker nie, pastu korang cecah ngan air milo panas ker, neskape panas ker, kopi o panas pon ok gak nie. Kena lak makan time ujan or suasana sejuk time perut tgh berbunyik tu. Perghhh... Menangkap... Wa cakap luuu... Wakakaka...

Lepas lak makan biskut tu, perut dah ala ala kenyang kans, mulut pon ada rasa lelemak sket. Baru arr best sap kok... Ekekeke... Synchronizeeeeeeeee....!!!!

ps - Dasat gak N82 aku nie ek. Gambor clear tu. Ekekeke... Mujur tak sampai ke Mekah N82 aku nie. Ahahaha... Kalau tak, aku tangkap ngan E71 tuh jer laa... Hp cam best, tapi kamera tak besh... Ekekeke... Sorry ar Paie... Ahahaaha...

Sunday, November 23, 2008

Best tapi tak best tapiii... Best kot...

Menarik tapi akhirnya tak menarik. Memula best pasal Chelsea ngan Liverpool draw. Sekali tak best lak pasal Man U pon draw sama. Apa laa. Kalau menang kan bagus. Bulih rapatkan jurang mata. Tapi takper. At least Arsengal kalaaaahhhh lagiiii.... Huhuhuhuhuhuhuhuhu....

Kepada mereka mereka yg menyokong kelab Arsengal tu, ahahaha... Sesungguhnya roda korang dah berenti berputar kot. Ekekeke... Dia berenti kat part Arsengal tengah duduk ada kat bawah. Ehehehehe...

FridayNiteFutsal meletihkan lagi. Aku lak sampai lambat. Ingatkan ramai. Sekali 9 orang lagi yg turn in. Apadaa... Ada lak mamat tu, yo yo ooo jer kata nak datang. Tapi tak datang. Alih alih aku dengar, sekarang nie main futsal 2 minggu sekali jerk. Adoii... Penat arr kalau tetiap minggu gini. Apa arr...

Cam biasa la, kedai mamak tujuan kami setelah penat lelah abos peluh membasahi bumi. Ehehee... Aku order maggi goreng. Memula nampak cam sedap. Tapi makan memang tak berapa nak sedap. Ok larr... Idak ler barai sangat. Ada lak mamak nie bagi aku maggi takder sayur. Ingat aku cam Babam ker? Tak makan sayo. APalaa.. Tapi pasal dah lapar kanss... Aku bedal jer laa. Topik perbincangan tak der apa yg hangat. Cam biasa jer... Duk lelepak sampai kol 3 pastu apalagi. Angkat kaki chow...

On the way balik tu, depan skit jer dari tempat kami lepak minum tu, aku ngk ada satu teksi tengah rembat punya la laju. Sekali sampai kat simpang, ada satu keter apa ntah kuar, mencicit aku ngk teksi tu brek. Ccceeeeettttttttt........ Skreeeetttttttt....... Bang...!!! Ehehehe... Beria dia brek. Ate sekali kena jugok. Mujur tak teruk. Aku lalu tepi ngk jer la. Si teksi cino, si keta lak Kelly Ng. Hurmm ... Cam tak betul jerr... Aku terus blah. Malas layan dorang...

Moral of the story... Berhati hati bila bawak keter lepas kol 3 pagi kat Subang. Ramai orang mabuk... Ahahahaha...

Tuesday, November 18, 2008

Wowowoooooo...

Rasa sentimental la plak malam nie. So dengar lagu nie berulang ulang kali. Melodi sedih. So mood pun jadik sedih. Sedih ekk... Terpikir sejenak... Patut ker sedih dengar lagu nie. Hurmm... Entahlaa... Kalau nak diteliti lirik dia, mendalam makna nyer tu. Tapi patut ker sedih?

Kadang tu without kita notice, perasaan kita tetiba rasa sayu and sedih. Pantang ada something yg trigger. Kadang tu kita tak tau pon apa yg trigger perasaan sedih tu. Tetiba jer sedih... Malam nie dengar lagu nie berulang kali, rasa sedih la plak. Hurmmm... Layan lagu nie... Dedicated specially for youuu...


Monday, November 17, 2008

Alamakk... Teringat la plak...

Pagi nie terbangkit lambat la plak. Kabut jugak la nak siap nak gi opis. Sekali ujan punya la lebat. Perghh... Makin malas lak aku nak bangun. Tapi dengan berkat kesungguhan aku, ku gagahi juga untuk meninggalkan dakapan bantal bushuk ku... Ahahaha...

Siap dengan pantas sepantas gaban menukar pakaian nyer, terus capai kunci kurita ku and terus kuar. Sekali picit remote tak terbukak lak pintu pagar nie. Puas aku jerit, "Niat ingsoonggg mata kajhiiii semarrr ngisenggggg.....". Pergh ada la 3 ker 4 kali aku seru. Sekali check... Alamakkkk abis bateri pulak menatang remote nie. Huish...!! Time nak cepat nie la dia buat hal. Terpaksa lak aku menekan punat yg kat dalam umah tu, kuarkan kurita ku, pastu parking tepi... and tutup balik pakai punat yg kat dalam umah tu jugak. Risau gak teman... Sekali parking kat luar tu dengan enjin masih hidup, orang bawak lari la plak. Ehehe... Sekali dah tutup, kuar pulak aku ikut pintu kecik tu. Hinshh... Komplikated la plak kann...

On the way gi opis, sekali aku ternampak ada 3 orang brother ngan satu orang kakak tgh beria2 kelebet kereta Proton Saga. Sekali aku jenguk, hurmm... Kunci tertinggal kat dalam laa tu. Sian dorang... Mesti kabut nyer tu nak bukak tuu. Siap aku ada nampak penyangkut baju lagi dorang tgh nak cuba bukak kot.... Ehehehe.... Mintak maaf la yer, bukan tak nak tolong, tapi dah terlambat nie....

Dalam tgh on the way tu, aku teringat balik kejadian tadi. Ehehehe... Terus teringat masa aku kerja kat satu kompeni IT dulu kat PJ. Masa tu time lunch. Aku pergi makan kat ayam separuh kat PJ State ngan bebudak opis. Sekali lalu kat area RHB bank. Nampak ramai orang berkerumun kat satu kereta Proton Saga Auto warna maroon. Tuan punya keter tu ada sorang akak nie. Muka lak tgh panik. Dalam ramai tu, ada gak 3 orang opis mate aku, yg dah memang ada kat situ. Sekali kami pergi, rupanyer keter akak tu terkunci dari dalam. Ada baby lak dalam tu.

Opis mate aku yg dah memang ada kat situ dah siap beli dawai kasar dah. Nak tolong cangkuk selak kereta tu. Dekat sepuluh minit, still tak bulih gak. Baby dalam tu mujur tido. Akak tu dah start nangis mintak tolong. Abu, budak opis aku ajak aku pergi ngk. Timbul lak rasa kesian. Aku terus tanya kat opis mate aku yg tengah try nak bukak, "Hew... Bole ka tarak bole maa...?". "Tak boley laa... Susah... You bukan sudah biasa bukak itu kompeni car punya lock ka? Kasik try laa...".

Lagak seorang hero, aku tanya akak tu dua soalan cepumas. "Kak, kereta akak nie central lock ker bukan?" Akak tu jawap central lock. Lepas tu aku teruskan ngan soklan kedua, "Akak ada pasang apa-apa security plate tak kat pintu nie?" Akak tu jawap, "Takder dikk... Tolong la akak dik. Akak takut anak akak kat dalam tu lemas...". Perghh... Setelah dapat jawapan yg aku nak, aku terus tanya kat Hew, "You ada pembaris besi ka?". Dia jawap, "Tarak maa... Apa mau pembaris, ini dawai sudah ada...".

Dalam kegawatan tu ada plak mamat kelly ng nak pecahkan cermin. Ada sokongan lak tu. Sekali member aku si Abu nie cakap, bagi kami try dulu. Last... Aku terus lari gi kedai hardware berdekatan beli pembaris besi yg panjang. Aku ingat lagi harga pembaris besi tu, Sebelas hinggit...

Dah dapat aku terus pergi balik kat keter tu. Bukak pelapik plastik kat tepi tingkap drebar depan. Terus aku juluq pembaris besi tu masuk. Reraba sket carik menatang plate tu. Sekali jumpa!! Terus aku tekan. Prapppp....!!! Terangkat terus lock kereta tu. Akak tu bukak pintu terus capai baby dia. Perghh... Orang tepuk tangan siuttttt... Masa tu kalau aku budak bawah 12 tahun, aku rasa aku bulih dapat pingat Hang Tuah dah tu, pasal selamatkan orang. Ehehehheehehe....

Mamat yg ada kat situ semua tepuk bahu aku. Perghh... Memang aku rasa cam hero hari tu. Mujur tak der polis. Kalau tak, musti dia saspek aku punya. Ekekeke... Tu arr dia kenangan aku bukak kereta yg kunci tertinggal kat dalam nie. Tahun berapa tu ekk... Akhir 90an kot. Mana aku belajar?? Eheheh... Pomen proton arr. Pasal aku pernah mengalami masalah sama masa kat Taiping. Ehehehe... Dia cakap kat aku, kalau central lock, kena tekan, kalau individual lock lak, tarik... Apa yg tekan and apa yg tarik, bior aku jer la yg paham kot....

Sekarang nie!!! Hurm... Kalau jadik la benda yg sama kat kereta zaman sekarang nie. Jgn harap laa. Korang kasik pecah jer la cermin tu. Kalau tak pon korang balik umah ambik kunci spare. Tapi kalau kunci umah ada jugak dalam keter tu, aku nasihatkan korang ambik bata atau rakan yg seangkatan dengannya, korang pecahkan jer la tingkap tuu... Ehehehe...

Oppsss lupa lak nak update... Wahai Arsengal... Man U menang ekk. Bukan satu, bukan 2, bukan 3... Tapi 5 beb. Ekekeke.... Glory... Gloryy... Man Uniteddd...!!! Sesungguhnya roda itu berputar terlalu cepat untuk Arsengal. Ehehehe....

Sunday, November 16, 2008

Hadiah dari Langkawi...

A fren came back from Langkawi and she bought me 'Cafe Creme'. Hurmm... Memang best. Pernah gak rasa jenis nie dulu. Adik belikan kat Langkawi gak. so dah alang alang dia tanya nak kirim apa kan, so aku tak pikir menda lain, 'Cafe Creme' jer arr. Sayang pulak rasa nak bukak. Pasal packaging dia ala ala cam kelllaaassss gitu kans.

Akhirnya dek tak tahan ngan godaan, aku pon bukak sebatang. Dan.... Sssssssttt.... Ffffuuuuhhhhhh... Mak aii... Aroma cafe dia... Bestttt arr plak. Hehehehe... Walaupon kategori cigar, tapi idak ler besor macam cigar tu. Dia buat pakai sehelai tembakau jer nie. Tembakau yg daun dia kecik kot. Gulung gulung gulung pastu jadik arr macam rokok nie. Yang version aku dapat kali nie ada filter tip sekali. Okay laa... Tak der laa sendat jer rasa dada nie macam isap cigar yg office mate wifey kasik aritu. Cuban cigar. Nak isap pon payah. Nyalakan api, nak dekat 2 jam pon isap tak abis lagi. Bau diaaa... Mak aii... Eekekekeke....

Sesaper kalau ada ternampak 'Cafe Creme' nie kan, kalau korang pergi Langkawi kerr... or nampak kat airport ker masa pergi or balik dari Kuching tu kan... Belikan laa satu ekk. Nanti aku bayor laa ekk... Ehehehe...

Perghh... Menggoda sungguh tembakau yg disalut kemas nie... Erghhh...!!! Tak boley tahan pakcik...

Setiap satu dibungkus plastik bagi mengekalkan aroma nyer. Bior tak masuk angin bak kate orang... Ehehe...

Diletak pulak di dalam tin. Nampak calssy gitiewss... Pergh... Tu yang buat sayang nak ambik tuu. Special occasion jer nie baru bulih isap nie... Tapi kalau dah tak bulih nak tahan, slumber jer yob...

Kertas pembalut pon memanggg agak menyedapkan mata memandang. Perghh... Tak hingat tol arr...

Dalam bebanyak tu... Cuma sticker nie jer yang aku paling tak berkenan. Macam laa aku tak paham kan. Dari aku mula belajo sap kok dulu dah tau dah... Tak yah arr tampal sticker bebesar tu kan. Kalau tak cukup besar... Korang tampal jer bior tutup terus jenama tu. Tak pon satu tin tu korang penuhkan jer ngan tulisan tu. Caishh.... Cam harr armssss...

Saturday, November 15, 2008

Ketaq...

FridayNiteFutsal cam biasa semalam. Cuma kehadiran malam tadi turun mendadak. Dari berbelas orang datang, yg ada cuma 9 orang jer. Main jer larr... Penat tak hingat tuu...

Memula main semalam ntah apa kena, sepak bola depan gol pon tak berapa nak kena. Lutut ketaq kot... Ahahaha... Tapi lepas tuu... Ok balik laa. Main lawan gang 5 orang. Kami 4 orang. Perghh...!!! Nak pecah dada dibuatnyer. Tapi tak der hal. Seronok nyer pasal kan. Layan jugak... Cam biasa arr kan, lepas main mana lagi kalau tak ke mamak stall. Lepak meminum sambil kena sup mamak. Apa ker masin la pulak sup mamak nie malam nie. Memang FAIL. Tersampuk selera aku nak makan. Hurmm... :(

Malam nie plak ada game Man U lawan Stoke City. Perghh... Bahaya team Stoke nie. Dah berapa pasokan dia kalahkan. Ehehehe... Harap menang malam nie. Kalau draw atau kalah. Masak gak niee... Chelsea lawan WBA... Arsengal lwn Aston Villa... Liverfool lak lawan Bolton. Hurmm... Adaa laa ndaknyer salah satu dari 3 team nie yg kalah. Sedap sket. Ahahaha...

Apa-apa pon... Glory... Gloryyyyyy... Man Unitedddd...

Lupa lak. Ptg tadi dapat sms dari Madinah. Paie kirim suh kim salam kat bebudak futsal. Dia baru abis sembahyang Jumaat katanyer. Hurmm... Ada la sesikit pesanan dia yg aku dah bgtau semalam masa minum. Itu jer arr... Apalagi ekk... Yg dia pesan sikit jer. Yang aku pesan balik kat dia yg banyak kot. Ekekeke...

Friday, November 14, 2008

Selamat....

Hari nie ujan jer sepanjang hari. Cuaca mendung di kebanyakan kawasan. Hurm... Pagi nie ada appoinment kat SDMC Subang Jaya. Nak buat check up sekali lagi and nak tau keputusan biopsi. Appointment kol 10.30 pagi.

Sesampai kat SDMC terus pergi level 7, doctor's clinic. Lepak and tunggu giliran nak jumpa ngan Dr E. Peter. Nama dipanggil and jumpa dr. Cam biasa, bla bla bla... and finally the doctor said, well it's ok. Nothing serious and from the letter that endorsed by the Pathologist, confirm its not what we think before. So safe lah... Selamaaattt... Alhamdulillah. Need to return for another checkup in 3 months time. So... next visit will be another 3 months.

As planned, need to go to Paie's house after this. She will be leaving to Mecca malam nie sekali ngan Kak Ijan and Mun. Tlipon Paie and ask her for the direction. Lagi satu hal laa makcik nie. Jalan pi umah sendiri pon bulih bagi wrong instruction. Memang laa... Patut la dia asyik sesat jer. Nak direct orang gi umah dia pon leh salah. Caish... Lepaks at umah dia several hours. Have a nice chat with her parents. Pakcik Yaakub sound apasal tak datang umah masa raya? Slumber jer aku jawap, Paie tak kasik datang. Dia cakap umah kecik ngan sempit. Takut orang tak selesa. Pakcik Yaakub gelak besar... Si Paie, sengih jerrr... Huh...!!! Umah corner lot bagak gitu pon cakap kecik lagi. Tak paham tol laa. Agak nyer kalau duduk umah besar saiz padang bola pon dia still cakap kecik lagi kot...

Just received SMS from Paie just now and she said that they are on their way to KLIA with coach. Teruja dia pasal ada pakcik polis trafik escort bas dorang and tahan semua kereta. Pastu dia cakap best sebab rasa macam VIP and siap ulang lagi bagitau abang polis tu siap cakap, "Beri laluan... Beri laluan...". Ek eleee... To those yg kenal dia, korang just imagine jer la cemana jakun campur kecoh dia kat dalam bas tu... Ahahahaha....

Mak Paie kasik makan bihun goreng Singapore, kuih bakar ngan Caramel Kak Ijan. Sesambil tu, ejas sesikit compact camera yg dia nak bawak gi Mekah tu. Dah lama beli pon tak reti lagi nak pakai. Siap cerita, dia baru beli memori kad 1G. Kak Ijan tanya agak agak muat tak nak ambik gambar sampai 1000 keping. Perghhh... Gilss tol. Macam sempat... Ehehe... LEpas tunjuk sesikit setting, makan sikit lebih kurang, kami pon chow...

On the way nak kuar tu, Kak Ijan sempat lagi pesan, "Nanti tolong update BPL result yer? Especially Man U...", orait. Man U nyer pasal, no hal...!!! Jgn tak leh nak concentrate pasal ingat ke Man U cukup la ekk... Ekekeke... Sebelum balik, sempat kami cakap, "Selaaamattt pergi and balik. Mudah-mudahan dapat Hjh Mabrurrrr....

Sampai umah ujan lak... Sekali mataku kuyuuu... Tertidos la plak sampai petang... Bila terjaga baru teringat ada kerja nak kena buat... Arghhhh...... Sorryyyyyyyyyyyyy........


Thursday, November 13, 2008

I believed I can....... cook!! Ehehe...

Well... Well... Well... Semalam balik lambat sket. Dah janji nak buat dinner. Hurmm... Apa nak bikin ekk? Ketandusan idea nie nak masak menda yg byk menda orang pantang tak leh nak makan nie. Peranti biasa cam ayam and makanan laut tak leh nak guna...

Hurmmm... Sekali teringat sosej daging yg si Paie beli aritu ada lebih lagi. Haa... Teringat pulak lauk sosej goreng yg aku selalu makan kat terminal Cyberjaya tu. Memang aku minat gak lauk tu. Tiap kali kalau lunch kat situ memang itu la lauk yg aku ambik. First time makan bila aku 'pau' Mantan nyer lauk masa dia makan dulu. Sekali rasa... hmm not bad. Sedap gak. Start dari itu hari, tiap kali kalau tekak aku terasa nak makan tengahari nasi putih jer kat terminal Cyberjaya nie, memang itu la lauk mandatori yg akan aku ambik. Sampaikan kalau tinggal sikit lauk tu, berebut jugak nak ambik dulu antara Bulat, Mantan ngan Aku... Ahahahaha... Cam bebudak la plak...

Sampai jer umah, without tuko uniform, aku terus jer ke dapur buat apa yg patut. Perghh... Dengan kemeja tak tukor pon. Pasal 'Mem' pon dah lapar. Sian arr plak. Aku pon lapar gak. Ekekeke... Terus kuarkan segala peranti yg perlu. Aku pon mulakan kerja kerja seni aku. Ahahaha... Sekali tu aku rasa, aku la tukang masak paling ensem malam tu. Ahahaha...

Coceng coceng coceng kat dapur tu dalam setengah jam... Siap!!! Perghh... Tiap kali kalau masak, mesti aku cakap setengah jam jer... Entah yer entah tak? Mana la aku nak sure. Bukan nyer ada jam randik (bahasa masa dalam makmal masa sekolah dulu... Ehehehe) kat dapur tu. Main agak jer arr...

Tak kisah la apa orang lain rasa. Yang penting aku rasa sedap. Ehehehe... Sekali aku rasa cam sedap lagi aku masak dari makcik yg masak kat terminal tu. Ekekeke... Makcik tu cuma bubuh kacang panjang jer kan, aku siap bubuh brocoli ngan bunga kobis lagi. Huhuhuhuhuhuhu...

Haa nie arr dia... Nampak cam sedap kanss... Ekekekeke... Tapi rasa dia...?? Ehmm...

Adussssss...!!! Coba korang ngk. Bukan takat rupanyer jer yg mengiurkan. Rasa dia pon still buat aku terliur lagi niee... Sheeedapppp siutttttt..... Ahahahaha....

Wednesday, November 12, 2008

Bebass...

It has been a while since I'm looking for the singer of this song. Finally I got it when I heard the name of the group that sing this song in Suria FM. Butterfingers...

Layan lagu nie best tuu. Muzik dia best tu. Lirik dia pon ok. So... Dedicated this song to whoever that want to 'bebas' dari ape-ape jer lah...





Lirik ...
Bebas-Butterfingers

Enjit, enjit,
Semut, siapa sakit naik atas,
Arus permodenan kian deras,
Pastikan kita tak lemas.

Enjit, enjit,
Semut, siapa sakit naik atas,
Jangan ketingalan nanti melepas,
Kita semua perlu tekad.

Oh..,
Sampai bila dibelenggu,
Hidup tanpa ragu-ragu,
Tanah tumpahnya darahku.

Enjit, enjit,
Semut siapa sakit naik atas,
Usah buang masa itu emas,
Lupakan lah yang dah lepas.

Oh..,
Sampai bila dibelenggu,
Hidup tanpa ragu-ragu,
Tanah tumpahnya darahku,

Oh..,
Biar apapun terjadi,
Saya tetap disini,
Menghapuskan dilema ini...

Enjit, Enjit,
Semut, siapa sakit naik atas,
Arus permodenan kian deras,
Pastikan kita tak lemas.

Enjit, enjit….
Kita semua perlu bebas… 3x

Monday, November 10, 2008

You can do it if you believed you can...

Hurmm... Bangun lambat hari nie. Masih lagi terluka akibat kekalahan Man U. Ahahahaha... Hari nie redup + mendung = hujan sekejap sekejap di satu dua tempat. Hurmm...

Petang tetiba terasa lapar. Terpikir what that I gonna have for dinner. Hurmm... Makan kena berpantang sket pasal my love one baru lepas operate. So tak leh makan yg tak tentu arah. So ... Hurmm... Haaa... Buat 'grilled fish' arr. Carik ikan cod yg dah siap merinate, beli and masuk oven jer. Senang apa... Ehehehe...

Bermula la pencarian aku ke Car4 untuk carik bebahan nak buat dinner malam nie. Sampai jer kat area frozen food, berapa kali aku call umah. Nak make sure kat area mana bahan bahan yg nak dibeli tuu... Ehehehe... Tuh arr... Selalu main tolak jer troli tu kan. Sekali kena datang sorang nie, menggagau jugak nak mencarik. Tapi idak le jakun bebenor sampai bulih sesat... Ku belek sini... ndak ada bahh... Ku belek sana... Ndak ada juga bah... Aduss... Mana pulak laa ikan yg dah siap merinate nie. Aku ada la jumpa Cod Fish Steak dalam freezer tu. Tapi tak der la plak nampak cam dah merinate. Alaa... Malas la plak.

Aku pon apalagi, mulakan talian hayatku sekali lagi. Kali nie aku call Datuk Bandor Car4 Subang, Paie. Sekali dia pon tak sure. Alaa... Then dia suggested suh aku carik brand Pacific West. Aku pon rondo arr sekali lagi. Hurmm... Jumpa... Tapi ini bukan grill fish mcm aku nak. Ini fish fillet. Alaa... Macam fish and chips yg selalu korang makan kat SR tuu... Hurmmm... Tgk kiri... Tgk kanan... Arghhh.... Ambik jer laaa... Dari tak der kan. Pastu aku gi lak tempat vege. Ambik brokoli ngan Koli Flower. Ehehe... Carik Asparagoosss ndak ada la plak. Hurmm... Ok lar nie. Decided to go to Cold Storage lak kat Subang Parade. Mana la tau kot kot ada lak kat sana menatang yg aku nak carik tu...

Sampai kat sini plak, aku ngk tak der gak. Aku tanya arr awek gegems yg jaga kaunter Fish and Beef tu, "Dik, ikan Cod yg dah siap merinate untuk digrill ada tak?", sambil control macho konon cam dah biasa beli. Sekali dia jawap, "Cuba you tgk kat freezer depan tu, kalau ada adalaarrr... Kalau takder makna dah abis la tu...", sambil cakap macam ndak tak ndak jerr... Eiii... Geram jer rasa aku nak balas balik. Nasib baik gaban panas baran aku dah lama tak menjengah. Kalau takkk... Mau jer aku jawap balik... (saboooo jer laaa...).

Misi cam gagal. Tapi tak per. Hurmm... Ternampak lak lemon. Tadi lupa nak beli. Kasik angkat. Carik plastik beria mcm nak beli byk. Sekali baru terperasan yg dah siap pek 4 biji dah ada... EEiiii... tak fokus niee... Kena fokus sket... Ehehehe... Dah dapat semua barang yg aku ndak untuk plan B aku, aku pon blah...

Hurmm... Bermula la aksi aku di dapor malam nie, ehehehe... Tema dinner mlm dinner, western wanna be... Ahahaha... Belasah jer. Kalau awek kat SR bulih buat fish and chips takkan aku tak leh kan... Ahahahaha...

Setelah bertungkus lumus selama setengah jam, akhirnya siap la semua hidangan yg aku nak buat tu. Termasuk la garlic bread. Ehehehe... Bulih kerja kat SR aku lepas nie. Akakaka... Setkan table. Pastu apalagiii... "Bon Apetite...". Lepas dinner nak layan lak cerita Orang Minyak Naik Minyak. Arahan Afdlin Shauki... Bestt... Mujur ingat... Thanksss...

Hurmm... Nampak cam tak menarik la plak kanss... Tak per... Tak complete lagi niee...

Bak kata chef kat ch AFC, kita kasik tambah sket warna kat pinggan tu bior nampak meriah sket... Ehehe... So taruk la hirisan tomato ngan lemon... Nyum... Nyum... Nyum...

Tambah lagi kaler kaler ... Baru nampak menarik sket. Kanss...???

Dalam aku kabut deep fry ikan, stim sayur... Sempat lagi bakar garlic bread nie dalam oven yg aku menang masa lucky draw aritu. Huhuuhuhuhuhu.... Ada gak jasa dia... Ehehehe...

Dalam dia yg ada garlic tu yg buat sedap tu... Slurpppp....

Dinner for two finally siap...

Bon Apetite... Ada satu lagi tak cukup. Kentang goreng. Arghh... Malas nak goreng. perut dah lapar dah nie... Hurmm... Not too bad ehh for first timer...

Sunday, November 9, 2008

The game is on until the final whistle blow...

Is it worst? Is it pain when watching the devils crashed at Emirates by 2 - 1. Nope... I don't think so. Why?? Ehehehe...

Sebab dpt puluhan sms dari para pembenci Man U aku rasa lagi pedih kot. Tak per. Tak kisah. Itu semua asam garam untuk jadi juara berganda (ahahaha...). Standard la kan... Kadang sesekali kena kalah jugak kans. Kalah sekali tak bererti kalah untuk selama nyer (Hahaha... Ayat ayat penyedap hati... Arghhhhhhhh...!!!)...

Lagi satu sebab untuk aku menyedapkan hati aku yg dah memang frust giler sambil ngk Liverfool leading 2 0 nie, alaa... Saja jer bagi Arsengal nie menang. Bukan apa. Nak kasik BPL nie lagi menarik. 4 team teratas masih lagi still in the fight. Kalau tak nanti tinggal 2 jer boring lak... Ehh 2 ekk... Bukannn... 3. Terlupa lak pasal Liverfool... Ekekeke...

Walau macamanapon, sebagai seorang yg budiman macam Sir Alex, aku ucapkan tahniah kepada Arsengal fan ekk... Tak per... Nanti kita jumpa lagi niee... Tak der hal punya... (sambil mengetap bibir...)

Glory... Glory... Man Unitedddd... (nak tipon Sir Alex suh dia bgtau Gary Neville gantung but jer arr...)

"Sometimes you just have to hold your hands up and say 'if you're going to get beaten, just make sure it's someone who's going to play football', and Arsenal played good football at times. Not as dangerous as us in attacking play, but they got the goals that mattered."


Jiwa still kacau eventhough minum Aik Cheong 3 in 1 white coffee... Huh... Tak perrr... We'll bounce back for the next game...

Saturday, November 8, 2008

Sometimes ordinary can be an extra ordinary thing in their own ordinary way...

Another great futsal session last nyte. Sejak kebelakangan nie kehadiran amat amat membanggakan. Ahahaha... A little bit late last nyte since I had a late dinner with a guest at home.

Sesampai di gelanggang, nengok dorang dah start main. Aku plak dengan sendirinyer buat lawak sengsorang. Masa nak kluar tu agak kabuts sket. So menonong jer terus masuk dalam keter. Yang aku ingat bola dah pass kat Sekut. So kira tak der apa dah laa... Alat-alat peranti (ehehehe...) aku yg llan dah cukup. Sekali bila dah sampai KESAS dekat area Usj 1 tuh, aku terasa macam ada kekurangan arr plak. Garu kepala yg tak gatal nie sambil mengemudi Myvi dengan sebelah tangan pada tahap kelajuan yg luar biasa... PErghh...

Sekali aku nengok kat tpt biasa dlam kereta tuu, baru aku perasan aku tertinggal peranti yg paling penting sekali. Arghhh...!!! Kasut kuuuu...!!! Adusss...!! Tetiba aku terasa jauh giler plak nak patah balik nak ambik kasut. Yang jauh terpaksa aku dekatkan. Huk... huk... huk... Aku kona kereta buat u turn and patah balik nak ambik kasut. Apa barang nak main futsal kasut tak dak...

Aku ngk jam kat dashboard tu dah pukul 1120 Hrs. Alaa... Awal lagi niee... Sedapkan hati aku yg dah memang melonjak lonjak nak sepak kaki orang sejak Sabtu lepas (ehehehe... Bak kata Babam, lepas main hari Jumaat, masuk hari Sabtu petang jer kaki dah gigil balik nak menyepak...). Kebiasaannyer dorang start pon kol 1115 kan. So aku congak congak sengsorang... alaaa sempat. Dont worry...

Penat u turn aku sampai balik kat tpt futsal tu dalam pukul 1145 mlm. Ehehehehe... Ok lar tu... Ramai plak hari nie main. Siap dengan dak Radicare Batu Caves pon ada nie. Jangan main sampai gaduh dah arr cam ada mamat tu. Kalau involve orang luar jer mula arr dia. Hangin semacam jer main. Eekeke...

Best...! Best...! Best...! Lepas main cam biasa arr aktiviti kami. Apalagi kalau tak minum kat kedai mamak kat Subang tu. Another great futsal session. Balik pon dah kol 4 stengah. Hurmm... Best....

Malam nie lak ada game best nie... Man United vs Arsengal. Main kat Emirates. Ehehehe... Can't wait for the game. Glory... Glory Man Uniteeeedddd......!!! Huhuhuhuhuhuhu...

Mereka mereka sedang beraksi... Ahaha... To tell you the truth, team ni main biasa jerr... Tak dasyat mana pon pasal 'star' ada kat luar. Tgh ambik gambar... Ekekeke...

Imej nie bukan nyer nak tunjuk mamat tu tgh dribble bola, tapi aku nak kasik tau yg main kat sini best pasal artificial grass dia agak tebal. So kalau jatuh pon idak ler sakit sesangat. Kalau arr artificial grass dia nie nipis, aku rasa si Zul tu tak der nyer berani nak buat his trademark flying header tuu...

Haa... Itu goalkeeper kami tengah beraksi. Encik Matt Yus. Ahaha... Slumber tapi bergaya niee... Ehehehe... Steady keeper...!!!

Haaa... Inilar gayanyer para para cheer leader yg duduk kat luor. Kerja deme nie gelakkan orang jer kat luar tu. Pase dah letih bebenor gamak nyer. Itu yg duk kat luor jer. Udah tu bukan nyer reti nak duduk dendiam. Ape kate nyer tuu... Degey... Ehehehe... Tapi kalau idok nyer ader deme deme nie, idok ler meriah pulak yerr...???

Wednesday, November 5, 2008

Lagi Satu Malam jadik Dua Malam...

Hurmm... Malam nie dah masuk malam kedua aku bermalam kat SDMC. So far ok jer arr. Tak der la best mana pon kan. Kalau sebelum nie aku cakap aku tak leh nak compare ngan lagi dua spital, Pantai ngan SMC... tapi aku rasa, hari nie aku dpt buat conclusion kot.

Pada aku, tahap keselesaan aku bagi highest mark kat Pantai Medical Center kat Bangsar tu kot. SDMC nie kira no dua arr sebelum SMC. Itu mengikut keselesaan aku la. Korang jgn lak nnt kalau nak masuk spital korang based pada aku nyer rating nie plak. Kalau nak kira doktor, aku rasa SDMC nie ok.

Tapi kalau bab makan... Haaaaaaa... Kat sini tak best. Aku rasa so far, makan yg best kat Pantai la. Sedap pon sedap. Memalam tlipon tanya menu aku nak makan apa. Sini tak der arr plak. Main hantar jer. And sesungguhnya, orang yg menetapkan menu nie... memang tak best. Selera dia tak power kot. Ehehehe... Jenis makan ngan minum tolak batu ngan kayu jer nie. Ehehehe...

Asyik sup sup sup... Teringat lak aku makan kat Sabah tu. Sorry ekk orang Sabah. Sampaikan makan mee goreng ker bihun goreng kerr... pon dibagik nyer jugak sup. Ehehehe... Ada jugak orang Sabah yg baling benda kat aku nie nanti. Ahahaha... Berbalik pada menu yg dorang bagi tadi nie, kalau la sup tu rasa cam sup kak ani rasa utara tu ker, rasa cam sup kat faiz tomyam dengkil ka, rasa cam sup kat shaheera tu kerr... Okay arr jugak kan. Ini.... rasa cam masak air pastu taruk kiub ayam knorr tu 2 ketul. Seharam bawang ker, sayur ker apa apa jer laa... Langsung takder. Eloookkk jer jernih nyer. Syabas aku ucapkan kepada SYABAS. Bersih ekk air yg dibekalkan kat Selangor sekarang nie. Ehehehe....

Tak tahan nak makan sedap, aku pon carik kedai Maddie. Pergi Maddie beli la menu kegemaran aku. Hurmm... Boleh laa... Ni kang sementara nak tunggu Man U nyer game malam nie kang, kalau lapar balik (sure lapar nie...) aku carik la nasik goreng ker apa ker... Huhuuhuhuuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu..........

Hurmm.... Tau jer nak masuk blog, baru la ada ayam seketul dalam sup tu. Sekali rasa... Hmmm... Tak per laa... Tak yah taruk pon sama gak...

Ini jer lar yang aku beli kat kedai Maddie tadi. Baru la ada selera nak makan. Kalau nak harapkan makanan yg dorang kasik jerr... Hurmm... Alamat lapar arr aku....

Haaa... Cuba nengok kat cheese tu... Kat daging yg dah digoreng tuu... Ini barular nama nya makannn...!!! Baru arr ada selera sket nak makan. Haaa... Kenyang dah perut buat sementara nie. Baru arr bulih lena sekejap. Jap lagi nak ngk bola lak... Glory ... Glory... Uniteeeeddddd...!!!

Malam Pertama...

Ehehehe... Nengok kan tajuk, laju jer nak baca ekk? Huh... Teruk betol arr...

Malam nie malam pertama aku tido kat SJMC or sekarang nie SDMC (Sime Darbi Medical Center). Apasal ek? Adalaa... Dasyat gak aku nie. Kat Selangor Medical Center dah rasa, kat Pantai Medical Center dah rasa. Nie plak kat SDMC. Hurmm... So far tak leh nak cakap yg mana best arr kan. Ini bukan nyer duduk hotel aku nak rate 3 star ker 4 star ker or 5 star. Tapi dalam bebanyak spital yg aku pernah tido malam, ada satu spital yg paling aku tak sangka aku kena admitted. Ahahaha... Korang tau Hospital mana? Hospital Keningau beb...

Akakakaka... Trip outstation masa tu aku pergi dengan En Amin (bos NSU), Zulazman (Network Consultant) ngan Bob (now with Mesiniaga). Outstation more to survey persediaan hospital Keningau untuk kami IT kan. Masa nie Hospital Keningau masih lagi beroperasi kat bangunan lama. Hospital yg kami pergi nie lak spital baru. So tak der patient lagi. Masa kat KLIA lagi aku dah terasa akan ketidaksedapan perut aku masa tu. Rasa sebu semacam jer. Macam ada angin. Alaaa... rasa cam nak sendawa pon tak leh, nak kents pon tak lepas. Haa... Memula ok lagi arr... Dah sampai Keningau, makin menjadi lak. Puas aku pikir apa punca. Aku rasa pasal aku makan cendawan kulat masak lemak cili api kot malam sebelum tu. Perghh memang sedap tuu... Tapi aku tak konperm arr kans.

Nak dijadikan cerita, masuk hari kedua, perut tu makin senak. Malam tu masa kat hotel aku dah mintak Zul ngan Bob tolong carikkan minyak panas ker tiger balm ker. Sekali ntah apa minyak dorang bawak balik daaa... Aku dengar Bob cerita, abis satu pekan Keningau dorang carik tapi tak jumpa. Sayang gak dorang kat aku pasal dorang sembang sama sendiri, sepanjang kuar outstesen ngan aku, tak pernah lagi aku camni... Ehehehe...

Jalan 3 langkah aku tunduk, jalan 3 langkah aku tunduk... Sekali tu aku cakap kat Zul ngan Bob aku nak gi carik Eno. Entah apa si Zul nie bgtau kat En Amin, sekali En Amon paksa gi klinik. PErgi laa aku ke klinik Kinabalu tu dihantar oleh dorang bertiga (tak percaya takut aku tak pergi tuu...). Sekali si tuan doktor nie plak suspect aku apendiks. Terus dia refer aku ker spital Keningau. Huh!!! Sesampai kat spital Keningau, En Amin jumpa Pengarah, Dr William Gotulis... Apalagi... Layanan istimewa aku dapat. Tak yah nak beratur kat registration tu. Siap ada porter tolak wheelchair kat aku, suh aku duduk pastu dia suruh aku rehat kat dlm.

Tak lama lepas tu lepas sorang sorang doktor dtg check ngan tekan perut aku, termasuk arr si Dr William nie (seram tol aku ngan Dr William nie... Ahahaha...). Conclusion, dorang tahan aku wad pasal dorang tak bagi aku balik KL sebab takut jadik apa apa masa atas flight. Masuk jer wad, tetiba dtg sorang doktor, tekan sana tekan sini, pastu cakap, "Get him ready for operation on 4pm". Makk aii... Terkedu aku dengar. Bayangkan larr... Baru masuk kol 10 pagi, kol 4 nak belah perut aku. Ishh... Yang aku ngeri tu... di Dr specialist tu suh mamat nie bawak aku nak pergi shave... Arghhhh.... tak rela youuuu.... Ekekekeke...

Dah prepare semua, sejam sekali dorang datang. Tekan perut aku. Aku dengar si Dr yg tua tu ckp, "If Dr William's patient said it's not hurt, then don't proceed with the procedure yet. We'll monitor first...". Ehehehe... Dr tu tak tau kot yg telinga aku nie cam Sang Radar... Hahahaha... Aku pon apalagi arrr... Setiap kali Dr datang tekan aku tahan siut, cakap tak sakit. Bila dorang belah jer... Aku ambik bantal tekup muka. Rasa cam nak jerit arr plak. Dah la time tu ada lagi 3 ker 4 hari jer nak raya haji. Tak nak aku raya kat Keningau. Yang si Bob lagi kesian. Amin tak bagi dia balik suh temankan aku sampai aku kuar spital. Ekekeke... Sian kat Bob. Ahaha... Cuak muka dia aku nengok pasal tak dapat beraya kat Penang...

Finally aku dengar Dr tu kata tak jadik operate pasal maybe apatah dia cakap... AKu pon tak hingat dah. Perghh... Lega beb. Tapi aku kena duduk wad satu malam. Ehehehe... AKu tak kisah sangat. Malam tu aku punya katil kat depan nurse station bebetol depan TV. Kiri kanan aku tak der patient. Walaupon tak der aircon, tapi sejuk diaaa.. mak aii... Tak tahan aku, yer larr... Keliling kan bukit...

Esok nyer tepat kol 1130 pagi aku dengan secara rasmi nyer dibenarkan discharge... Yahooo... Suka aku. Menda pertama yg aku ajak Bob pergi... Makan KFC. Tak lalu siut makan kat spital. Ehehehe... Settle makan KFC, terus pergi MAS office. Booking the next flight back to KL. Nak raya wehhh...!!!

Sesampai KL jer, cam biasa, aku kena kutuk ngan dak opis. Rupanyer, Kak LIna siap buat announcement tu kat opis kata aku kena tahan kat Keningau. Bukan dorang simpati, lagi gelakkan ada laa. Mana tak nya, aku orang pertama duduk salah satu spital projek kiter orang. Ekekeke.... Bila aku kenangkan yg pasal shave tu, aku cukup bersyukur pasal tak jadik kena operate, cuma satu jer yg aku musykil sampai hari nie, nak belah kat perut, tapi apasal dia shave bulu roma kat betis kaki kiri aku ekk??? Sebelah jer lak tuu... Takkan dia terai shaver tu kot... Ahahahahaha.... Sampai hari nie misteri bagi aku..... Kakakakakkakakaka....

Inilar tempat tido aku malam pertama kat SJMC nih... Macam la aku tido sgt kanss... Nak layan bola lagi niee... Mujur ada Astro dalam bilik nie...

Ehehehe.... Tengah prektis parking kaki untuk tido malam kang... Ehehehe..... Selesa jer niee... Mata kalau dah ngantuk, atas kerusi pon jadik... Ahahahaha....

Pemandangan luar bilik, ok arr... Ada tasik, nampak komuter nampak federal highway... Idak arr nampak tembok construction jer kanss... Best gak laaa.... Janji tingkap leh bukak nak sap kok (sssshhhhhhhhhh....... Ehehehehe.....)

Tuesday, November 4, 2008

AEIOU...

Aku pon tak tau kenapa... But when I was not in a gud mood or when I am sitting in my Kassim in a massive traffic jam... Aku dengar jer lagu nie, kepala aku mesti bergoyang goyang nyer. Catchy siot melodi dia. Sampai aku bulih miming ikut sekali a e i o u tuu... Ceria jer lagu nie... Sesuai untuk bebudak kot. Ehehehe...

Korang dengar arr sendiri... Lirik tolak tepi pon tak per. Dengar melodi dia... Memang best layan. Asyik dengar lagu lentokkk jer bosan gak kan? Ehehe...



Thatsssssss Mean.... Ehehehe...

I read this through an email that sent by a friend of mine long time ago. Have a nice time reading it. Think about it...

The Law of the Garbage Truck
By Larry Crane

"One day I hopped in a taxi and we took off for the airport.

We were driving in the right lane when suddenly a black car backed out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his brakes, skidded, and missed the other car by just inches! The driver of the other car whipped his head around and started yelling at us.

My taxi driver just smiled and waved at the guy.

He was really friendly. So I asked, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital.' This is when my taxi driver taught me what I now call 'The Law of the Garbage Truck.'

He explained that many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it and sometimes they'll dump it on you. Don't take it personally. Just smile, wave, wish them well, and move on.

Don't take their garbage and spread it to other people at work, at home, or on the streets.

The bottom line is that successful people do not let garbage trucks take over their day. Life's too short to wake up in the morning with regrets. So... Love the people who treat you right. And love the ones who don't.

Life is ten percent what you make it and ninety percent how you take it!

Have a blessed, garbage-free day."

-- Dan Westfall

The story says it right. Being positive is being loving. Being loving is being successful. Positive is the same energy as love, as success, happiness, and abundance. It's your decision. In spite of any circumstance you have a decision to make. Be positive and loving, or spread the garbage. Which one feels better? Which one provides the best outcome? Which one is better for you, for those around you, for the planet?

Next time something comes your way that you could throw garbage at, remember the taxi driver. Be positive and loving. Stay in the high energy of love and conquer any and all situations. Love is the answer.

Make it a victory for freedom over the garbage. Apply love. Love wins, you win.

Remember, life is ninety percent what you make it. Make it positive and loving.

Monday, November 3, 2008

Buramundiiiii....

Finally... Hamilton juara termuda F1 this season. Aku tak berapa minat mamat nie. Reckless driving kot. HUrmm... Tak kisah arr tu. Sejak Schumi dah bersara nie, semangat nak follow F1 pon dah tak berapa best dah cam dulu. Lelayan gitu jer...

Semalam si Paie ada datang umah. Lelepak and then terus decided to go to D'Lengkok. Ehehehe... Tetiap kali kalau aku sebut D'Lengkok nie mesti ramai yg kerut dahi. Tanya aku kat mana? Ekekeke... Apa arr... Mungkin tak berapa tepat kan... Tapi itu adalah alih bahasa dari perkataan D'Curve. Mungkin tak berapa kena, tapi aku rasa sedap lak kalau panggey D'Lengkok. Ala-ala macam ngko mangkok pon ada. Ahahaha...

Actually memang dah decided dari umah nak makan kat kedai mamat mangkok nie... Mr Gump or Forrest Gump ngan member dia si Bubba. Alaa... Mamat Black yg mati tuu... Alaa... Kalau korang tak tau and pepayah sangat, nama kedai nie Bubba Gumps. Haaa... Kedai udang nie. Aku pon tak tau apasal nama Lt Dan tak der (korang kenal la kalau layan citer Forrest Gump nie...)

On the way pergi tu si Paie nie buat magic lak. Aku suruh ikut NKVE. Dia punya la konfiden cakap dia tahu jalan tu.. Okay arr... Aku lepak belakang jer. Bukan senang nak duduk belakang nie kan. So aku pon pejam mata bukak mata pejam mata bukak mata... Sekali dah kuar kat tol damansara tu dia buat magic lak. Entah kemana mana dia pusing. Aku rasa nak gi D'Lengkok tu senang and dekat jer kalau kuar dari Damansara tu. Sekali entah mana pulak dia pusing. Ikut kawasan perumahan mana entah. Terkojut la pulak aku. AKu tanya, "Yang ngko ikut jalan berbelit nie apasal Paie?". Sekali dia jawap entah. Aku cuma tahu jalan nie jer pasal aku selalu ikut jalan nie kalau dari Hosp Sgb. Ek eleeee.... Aku pon geleng kepala... Tak kisah arr Paie... Janji sampai...

Dipendekkan cerita, pusing punya pusing sampai jugakk... Tak sabar aku nak makan. Perut lapoo... Sampai kat restoran tu memasing order la makanan memasing. Aku order apa ntah nama dia, Buramundi ker apa... Tapi best... Makan sampai perut aku rasa nak pecah. Puas hati gak makan sini... My second time after buka puasa aritu... Aku order air Lemonade and Strawberry ngan Buramundi....

Lepas makan memasing tak larat nak bawak perut. Sampai kat area B2 lepas bayar parking nampak laa brader tengah lepak atas buggy. Dengan muka slumber nyer, dorang gi tanya, "Bang... Antar kami kat keter bulih tak?" Sekali brader tu jawap naik arr... Ehehehe... Memula aku cakap apa arr korang niee... Last last aku lak yg excited pasal tak yah nak jalan jauh. Best pulak naik menatang nie pergi kat keter... Ahahaha... Rasa cam kat theme park la plak brader tu bawak reronda... Kekekeke...

Bukan nak promote, bukan nak tolong iklankan... Kalau korang nak rasa makan shrimp best ngan salmon... Try arr sini... Especially air lemonade ngan strawberry dia... Sedaaapppp.... Kalau korang tak tau, bulih ajak aku... No hal... Tapi kena belanja arr... Ekekeke....

Aku order air lemonade with strawberry nie. Luar jangkaan btol. Ingat biasa jer.. Tapi sedap gak. Ada masam, masin and maniss... Slurppppp....

Dah lupa dah apa nama menu nie... Yang aku ingat ujung dia ada Jasmine Rice... Bulih tahan arr. Aku minat tol kat asparagus dia...

Haaaaaa.... Yang nie lak aku punya... Buramundiiiiiiii.... Aku suka bebenor. Apasal? Sebab dia bessttttttttt........ Kalau korang tak caya, korang try arrr... Memang best tuuuu.... Peberet niee... Kalau aku datang lagi lain kali... Memang ini jugak la yg aku order. Ikan salmon, udang ngan mashed potato.... Muahssssss sedapssssss nyersssssssss............

Masa memula duduk tu, minah tu tanya, kami tau tak nak guna menatang nie. Slumber gils si Paie tu cakap tau. Pastu minah tu bagi menu and tinggalkan kami. Aku cakap aku tak tau... Rerupanyer... Selagi mender nie display cam kat atas tuu... waiter tak layan ponss... Lahabau tol...

Haaaa.... Menatang atas nie kalau kaler merah and tulis "Stop Forest Stop"... Perghhh... Berebut rebut and berlari si waiter datang tanya "May I take your order now Sir? atau May I help you Sir?".... Cishhh... Bagus gak stail gini kans? Tak yah terjerit jerit or terherut herut mulut nak fewitt panggey dorang datang. Tgn pon tak lenguh nak angkat nak panggey dorang nie... Bijakkkk.... Bijakkkk....


PS - Semua imej di atas diambil dengan menggunakan camera HP N82 aku.... Ekekeke.... E71? Huh... Image hampess... Under expose... Akakakaka... Ada orang ada hati nak ajak aku tuko lak tuu... Bior arr mahal... tapi aku rasa aku tak sanggup lagi nak tuko ngan minah nie. Pasal camera dia tak power... Ekekeke... Jangan marah arr Hanizar and Iji... :P