Kata-kata dari seorang rakan, "Yang suci itu tak selalunya murni dan yang murni itu pulak tidak selalunya suci...". Hmm... Pening jugak aku nak mengolahkannya ke dalam ayat Bahasa Melayu yg mudah untuk difahami sedangkan aku sendiri pon tak paham apa yang dimaksudkannya. Mamat ni claimed, dia hidup berdasarkan prinsip hidupnya yang dah ditetapkan oleh dia sendiri. Huh..!! Bila ditanya apakah prinsip hidupnya, "Rahsia...", ringkas dan selamba jer dia jawap.
I read a word once, I believed during my study time, "Being alone is the best way of living, but being lonely is the worst thing that can happened in the world". It's up to each and every individual on how to inteprate it, but for me, you cannot survive alone to live in this world. Family and friends. Yup. Both of them are very important.
Sebut pasal prinsip hidup nie, berbaloi ker kalau kita sanggup pertahankan prinsip hidup yg kita pegang, no matter what are the consequences that will come? Argument pasal prinsip hidup nie tadi kami bahaskan abis jer sessi TNC untuk hari pertama kat bilik gerakan. Orang kata sessi untuk melapangkan kepala otak yg dah 2 minggu berserabut dek kerana nak bersiap sedia untuk sessi TNC nie. Sekadar berborak kosong antara aku ngan team member yg lain. Seronok jugak. Sampaikan tak habis-habis memasing cuba untuk mempertahankan hujah masing-masing. Since it's time for 'you' to go back, we've agreed to continue the discussion the next day. Hurmm... Can't wait...
Bagi aku sendiri, hurmm... Tak payah nak serabut pikir pasal prinsip hidup nie. Asalkan masih lagi dalam sempadan agama, aku ok jer. Yang penting, "Mesti ikhlas dengan apa yg kita buat" dan "setiap masalah yang mendatang akan pergi, cuma masa jer yang akan menentukannya". Itu yang penting. Kalau nak disenaraikan, banyak lagi kata-kata yang berbunga yg oleh dilistkan. Tapi tak penting... Itu semua hanya mainan frasa dan kata-kata dan ianya tidak akan bermakna kalau tidak membawa apa apa perubahan dan kebaikan pada aku... Hurmmmmmm....
Bermakna ker prinsip hidup kita, kalau kehidupan yang kita laui tak membahagiakan hidup kita..???
0 comments:
Post a Comment