Selamat Hari Ibuuu...!! Kepada semua para ibu... Pengorbanan dari ibu tiada tolok bandingannya di dunia ini. Kasih ibu membawa ke syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Hmm... Macam-macam ungkapan pasal ibu pernah kita dengar. Tapi apa peranan kita dalam menjaga hari ibu kita sendiri. Zaman sekarang nie, memacam cerita kita dengar pasal perangai anak kat ibu dorang. Hmm... Sanggup pulak buat ibu kandung sendiri macam-macam. Walau susah macamana pon nak membela seorang anak tu, ibu kita tak akan bagi kita kat orang. Tapi... Bila dah senang seorang anak tuh, hmm... (sendiri pikir lar ekk).
Teringat balik zaman sekolah dulu, kalau malas bangun pagi nak gi sekolah jer, mak marah. Kalau main bola ngan kengkawan sampai maghrib jer, mak marah. Kalau malas nak gi ngaji jer, mak marah. Kalau balik umah luka luka pasal gaduh ker, mak pukul. Kalau keputusan periksa barai pon, mak marah and tak cukup dengan tuh jer mak pukul. Time tuuu... eiii... Bosan jerr kan? Semua nya rasa apa yg buat tak betol jer. Asyik kena bebel jer. So tempat nak ngadu hal kat Abah. Abah best. Tak macam mak... Padahal kita tak sedar yg mak buat mcm tu pasal nak anak dia jadik 'orang'. Orang yg berguna untuk masyarakat. Kalau tak pasal mak kuat bebel, kuat pukul dulu... Tak jadi orang lar aku macam sekarang. Nak balas balik jasa mak.. Hmm... Lambak kan duit berpuluh ribu depan mak pon, belum tentu boleh equal dengan apa yg dia dah buat. Dari dalam perut sampai lar sekarang....
Sempena hari ibu nie, jom arr kita nengok balik. Pada yg tak tinggal serumah ngan mak, bila last sekali kita balik kg jumpa mak kita atau kita bersembang ngan dia. Kepada yang masih tinggal sebumbung dengan mak tuh plak... Korang patut rasa bersyukur dan beruntung pasal still lagi bulih dengar bebelan mak. Masih lagi mak yg kadang kadang tuh uruskan makan ngan pakai kita walaupun kita dah besar kan? Cuba ingat balik, bila last sekali awak tolong atau buat segalanya untuk mak? Tak payah lama... Sehariii jer... Cuba ingat... Bila?? Pada yg dah tak der mak tuh... Hmm... Bersabar jer lar. Sedekahkan Al-Fatihah bebanyak. Semoga rohnya dicucuri trahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Amin....
Selamat Hari Ibuuu kat emak di kampung....!!!
1 comments:
betul.. betul.. selamat hari ibu.
sapa2 yang masih ada ibu, buatlah apa saja untuk menyenangkan hati ibu.. yang dah jadi yatim piatu macam aku... cuma tinggal harapan je kununnya nak balas jasa mak aku..
Post a Comment