Monday, May 26, 2008

Saya wakil dari pihak....

Ada majlis pertunangan hari nie di Taman Paroi Jaya Negeri Sembilan. Sebenarnya, sepupu yg bertunang. Sepupu lelaki. Basically pergi jemputan nie pon atas tujuan nak jadik pengiring jer. Yer lar.. Nak meramaikan majlis. Biar nampak meriah orang kata. Sekali tuh, ku sangka panas sampa ke petang, rupa nyer hujan di tengah hari. Masa dalam kereta dah rasa macam ada tak kena jerr. Terdetik dalam hati, "Apasal tak der orang lelaki yg veteran ikut nie? Saper yg nak jadik negotiator nnt?" Alaa... Mungkin negotiator tuh tunggu kat rumah orang pompuan kot. lagipon pasangan nie, rumah dorang dekat dekat. Ada lar macam R&R jejantas tuh pergi ker tol Jalan Duta. Haa.. Tak jauh kan? So aku bajet, maybe dorang dah deal sama sendiri nie.


Sesampai jer rumah perempuan, kami disambut meriah. Ishh.. Macam kenduri kahwin lak. Dengan khemahnya, caterer nyer. Nampak besar jugak majlis nie. So aku and cousin yg lain pon (most of us dak lelaki arr) ambik tempat kat meja makan tu. Ahli rombongan yg lain terus masuk ke dalam rumah. Sekali tak perasan la pulak. Ahli rombongan yg masuk tuh semua perempuan. Sudahhh....!! Bila time rundingan nak start, dorang pelik. Mana orang lelaki dari pihak lelaki? Hmm... Then kluar ar sorang minah nie panggey, "Orang lelaki diminta masuk ke dalam oii...". Alamak!! Aku yg tengah nak ambik lauk tuh terus diam. Sambil jeling pada segerombolan dak dak yg lain tuh.


Dari jauh aku ngk kan jer... Lepas kena panggil tuh, lepas sorang... sorang masuk. Dalam hati, "Huuu.. selamat aku". Kekekeke... Dah siap ambik lauk, baru nak basuh tangan, tetiba, kuar sorang lagi makcik panggil, "Dik... Ooo dik, takyah makan lagi, dorang panggil masuk dalam nie sekejap". Alamaaakkk... Degupan jantung aku bertaabh laju arr plak. Udah. Masak ... memang masakk... Apa laa nak jadik lepas nie.


Dengan langkah yg amat berat, aku pon melangkah masuk. Sesampai di ruang tamu, makk aiii... ramai nyer pasokan belah pompuan. Orang-orang lama lak tuu. Dengan menunjukkan aku nie jejaka yg sopan lagi santun, aku terus salamm keliling. Huh!! Then, ambik tempat bersebelahan dengan Abang pihak lelaki. Sambil menyusun sila, aku duduk jer berdiam diri. 5 saat... 10 saat... 15 saat... Masih hening. Apasal diam jer nie? Naik heran lak aku. Bila lar nak mula? Lepas tu, pakcik belah pompuan tuh mula bersuara, "Apo laie... Bulih kito mulokan ko?". Aku senyum. Sepupu yg duduk sebelah dah start cuit suh cakap. Arkk... Apa nak cakap? Sudahhh... Lepas 5 minit tolak menolak, akhirnya cakap arr juga. "Saya nie... wakil dari pihak 'pengantin' lelaki (padahal lom kahwin lagi kann..), ooppss (pasal orang dah start gelak..), wakil dari pihak lelaki, datang nie nak meminang". "Haaaa... Baghu la kito bulih nak mulo. Pasal dah tahu hajat ehh kan..", ada sorang pakcik tuh cakap. After that is history. Not kinda remembered what have been said. The last thing yang aku ingat, cincin dikeluarkan, tunjuk kat semua orang. Then, semua tetengok cincin tuh sambil angguk-angguk kepala.

Lepas pada bab cincin tuh, yang lain dah jadik cam biasa dah. Ikut SOP biasa majlis orang bertunang. Akakaka... Punya lar peluh kluar. Macam baru lepas main futsal la plak kaaann... Itu lar dia nyer. Main serkap jarang jer kan. Ekeke. Pengalaman tu berharga tu, walaupon tak semenggah mana. So, kepada mereka yg ada ura-ura nak pergi mengantor orang meminang tuh, watch out!! You will never know that it's maybe you who will be the negotiator. Wakakaka.......

0 comments: