Wednesday, May 28, 2008

Why it's always me...

Pernah rasa tak? Bila ada apa apa yg tak best jer, mesti jadik kat diri kita? Apatah lagi benda yg orang lain tak nak buat atau malas nak buat, at the end, mesti kena kat kita. Huh.. Tetiba rasa tak puas hati, walaupon kebetulan memang itu tanggungjawap kita untuk buat. Tapi kenapa time kita jer benda tuh nak kena buat. Kenapa time orang lain, mender-mender tuh cam takder or tak payah nak buat langsung.

Semenjak dua tiga minggu nie, terlalu banyak benda yang sepatutnya orang lain boleh buat, tapi aku nak kena buat. Memanglar ikhlas, tapi sebagai seorang yg bergelar manusia biasa, aku juga mempunyai garisan atau batasan kesabaran yg harus diambil kira. Tahap kesabaran seseorang tu, jangan diuji. Hehehehe... Kadang pelik jugak bila orang yg sepatutnya buat kerja yg sepatut nya, tapi tak buat and then just nengok ngan selamba jer kerja yg kita buat yg sepatutnya dorang buat at the first place. Hurmm... Kadang keadilan dalam kehidupan yg kita inginkan tidak akan kesampaian kerana kehidupan dan kejadian telah ditentukan di luar kawalan serta kemahuan kita.

Apa2 pun, kita selalu berharap dan harapan kita tuh kadang jadik kenyataan apabila keadilan yg kita tuntut tu akan wujud di sebalik kesengsaraan yg telah kita hadapi. Ermm... So, jangan putus harapan walaupun selalunya kita nampak macam akan kelemasan di tengah lautan keseorangan.

Hadapi kesengsaraan dan kepayahan tuh dengan penuh rasa kesabaran dan keikhlasan yerr...

0 comments: