Wednesday, June 25, 2008

Walaupun Bezanya 4 jam atau hari atau bulan... Lamaaa tuuuu....

Berapa lama baru dikira lama? Berapa cepat baru dikira cepat?

Bagi kita kadang tempoh masa tu lamaaaaaa sangat. Tapi bagi orang lain lak, tempoh tu kejap je. Bagi kita masa tu cepat jer. Tapi bagi orang lak, tempoh tu lamaaaaaaaa sangat... Emm. Terpulang pada masa dan keadaan tempoh masa tu kot. Kadang kita rasa 4 hari tu cam lamaaaaa sesangat. Especially bila kita kesuntukan ekonomi and sekarang baru 21hb. Lamaaa jer rasa nak sampai ke 25hb kan? Itupon kalau gaji masuk bebetol 25hb arr. Selalunya orang akan rasa 4 hari tu kejap jer, especially time kalau cuti and tengah holiday kat luar. Tup tap tup tap... Pejam celik pejam celik... 4 hari masa dah berlalu.

Bagi yang menunggu... mak aii. Sehari pon bagai setahun lamanya (macam lirik lagu Amy Mastura lak). Tapi bagi orang yg ditunggu lak, hari hari yg berlalu tu biasa jer. Bahkan mungkin terasa begitu singkat. Walau macamanapon, betul jugak orang cakap, "Penantian itu satu penyeksaan". Akakaka...

Bila kerja berlambak kat opis nie, seminggu pon rasa mcm sehari. Datang Isnin, alih alih dah hari Jumaat. Bila duduk sengsorang kat opis tanpa ditemani kengkawan lain yg sibuk outstation, mak aii.. Nak abiskan sejam pon rasa cam sehari. Tular dia. Masa memang tak menunggu kita, malah ia selalu meninggalkan kita tanpa kita sedari. Mungkin sebab tuh ada orang kata, masa amat mencemburui kita, tapi kalau dah sampai masa, tak lebih dan tak kurang sesaat pon, ia tetap akan kunjung tiba... Kansss..!!??

Dah pagi sangat nie... Nak kena gerak nie... Jauh lagi perjalanan yg mengambil masa nie... Hmm... Time flying solo nie, 4 jam perjalanan pon rasa macam 4 hari... :( :(

0 comments: