Pagi nie akan bermula satu lagi proses demokrasi iaitu pilihanraya yg kali ke 12 buat negaraku Malaysia. Seperti biasa, kepada mereka yang berkelayakan dan telah mendaftar sebagai pemilih akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kerajaan yg bakal memerintah untuk lima tahun yang akan datang. Adakah kerajaan baru akan terbentuk atau still kerajaan lama dan akan ada muka baru bagi ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.
Bagi calon-calon yang telah terpilih, inilah masanya bagi anda semua untuk menunaikan segala janji yang telah ditabur bagi memajukan negeri atau negara tanpa membiarkan rakyat 'menderita'. Kepada para-para pengundi semua, semoga pangkahan anda akan membawa kepada kesejahteraan serta keharmonian dan juga kemajuan yang anda harap-harapkan. Fikirkanlah semasak-masaknya sebelum anda semua menurunkan pangkahan anda di kertas undi masing-masing nanti.
Tepuk dada, tanya selera.....
0 comments:
Post a Comment