Weekend yg baru lepas.. memang tak der apa apa aktiviti yg menarik.
Jumaat malam before the weekend tu macam biasa ada aktiviti futsal. Ada lar sorang mamat nie yg dah lama tak main. Setelah puas di'jek' akhirnya dia agreed nak main. Hehehe.. Apalagi, semua ahi tetap futsal aku war-warkan akan kehadiran mamat nie. Masing-masing dah pasang nawaitu.. Hehehe.. Apalagi.. Nak kenakan mamat nie. Sebab apa? Sebab dia poyooo.... Wakaakakaka... Masa main tuh, bertubi-tubi jugak lar dia kena dengan aku dan kawan-kawan. Sian jugak ngk. Huh!! Mana boley kesian beb!! Hati mau kering..!! Hehehe... Padan muka dia. Sempat jugak aku tunaikan beberapa 'permintaan' istimewa untuk mamat nie. Don't worry... Permintaan serta pesanan anda semua telah saya dan re-rakan lain tunaikan. Hahahahaha.....
Sabtu.. Hujan lebat nyer.. Bangun pon agak lewat sikit pasal malam sebelumnya lepas main futsal dok melepak pulak kat kedai mamak. Sampai pukul 4 pagi baru balik. Awall tu balik.. yer lar... Awal pagi. Dapat call dari member ex Sekolah Rendah Sri Kinta Jalan Ashby Ipoh. Haaa... !! Sekolah rendah beb. Ada sesetengah daripada diaorang nie, last sekali aku jumpa masa darjah 6 tuh lar. Dah berapa puluh tahun dah tuh? Excited giler nak jumpa dorang. For sure banyak cerita nak didengar dan disampaikan.
Malam pulak janji ngan business partner aku nak jumpa kat Alamanda. Meeting nyer dalam sejam lebih jer. Lepak nyer yg lama. Pastuh pindah pergi kedai mamak kat Precint 9 pulak. Sembang punya sembang ada lar sampai pukul 3 pagi. Makk aii.. Awal lagi... On the way nak balik, dapat pulak sms keramat.. Ingatkan sekadar gurauan jer dari pengirim sms. Sekali tgh layan driving tuh... Maakkk aiii... Apa yg dianggap gurauan menjadi kenyataan. Bukan nyer jumpa hantu, kalau hantu boleh lari lagi.... Ini kena tahan lak ngan bapak polisi. Adoiii... Maka bermula la episod lakonan aku yg tak seberapa ok tuh.
Polis: "Mintak maaf Encik, boleh tunjukkan IC dan lesen memandu?"
Dengan tenang aku hulur jer dokumen yg diperlukan. Terus aku tanya, "Apa salah saya encik?".
Brader tuh pon senyum.
Dia tak jawap pon soalan aku, terus dia tanya, "Encik bawak laju ni nak ke mana? Encik tau tak hadlaju kawasan sini berapa? Hadlaju sini cuma 90km/h, tapi kami rekod Encik punya kelajuan 134 km/h...".
Terdiam aku. Tapi terus control macho sambil jawap dengan muka serius, "Mintak maaf lar cikgu, saya nak cepat nie. Dari Putrajaya nak ker Hosp SGB. Ada masalah sikit kat sana."
"Ada kecemasan ker?", brader polis tuh tanya. "A'ah Cikgu, ada masalah ngan sistem kat sana. Critical... Kebetulan saya standby. Itu yg nak cepat tuh..", kata aku sambil buat muka cam kesian + rushing.
Polis tuh pon tgk macam kesian kat aku agaknya. Dia explain dia tak boleh nak buat apa2 pasal pegawai dia ada. So dia bawak aku jumpa pegawai dia.
"Tuan , orang kita...", sambil tunjuk arah aku. Lepas sembang sikit lebih kurang, sembang sampai habis rokok aku sebatang, aku pon lepas. Pegawai tuh siap sampaikan salam lagi kat parents aku. Legaaaa... Selamat aku. Tapi jantung ni berdebar-debar Tuhan jer yg tahu.
Apasal lar agaknya dia lepaskan aku yerr.. Alasan yg aku bagi ker? Atau dia kesian kat aku? And kenapa brader polis tuh cakap "Orang kita" kat pegawai dia.... ?? Hmmm .... Rupa-rupanya ... Alamat lesen dengan alamat kat IC aku .. alamat Balaiii daa.. Kekeke..... And yang lagi best nya pulak, pegawai tuh kenal bapak aku. Satu skuad dulu kata nyerr....
Untuk sesaper yg pernah tanya hari tu kenapa aku tak tukor lesen baru terus... Haaa ini lar sebabnyaa.... Kekekekeke.....
Ahad... Tak macam minggu sesudah.... Ada F1 lak tuh. Dapat tiket grandstand lagi. Tapi aku tak pergi pon. Bagi kat orang jer lar.. Tgk kat TV lagi best kot. Bukan apa, takut nnt jalan jem and tak sempat pulak nak sampai rumah nak layan MAN U punya game...
So ... Siapa ler yg terkena yerr...???
Monday, March 24, 2008
Terkena...
Dikarang oleh Budak Kampung at Monday, March 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment